Infinity of Sound?

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua. Well.. Selamat malam sebab aku menulis entry ni pada waktu malam. Kalau korang baca waktu siang, iyakan sahaja ok?

Soo.. untuk entry kali ni, hati aku tergerak untuk berkongsi suatu benda dengan korang. Aku sebenarnya dah lame mencari kelibat kumpulan ini. Kumpulan nyanyian. 
Bermula perkenalan dengan kumpulan ini sekitar pertengahan tahun 2010 melalui satu video cut scene rancangan televisyen korea yang bergelar Star King. 

Ya.. Lama aku mencari baru berjumpa. Episod 100 yang menerima Kumpulan Super Junior sebagai tetamu mereka pada hari itu, telahpun menerima kumpulan Infinity of Sound ini sebagai salah seorang penghibur jemputan.

Yup! Inilah kumpulan infinity of sound. Mereka berasal dari Korea of course dan merupakan kembar tiga. Hoho.. 
Percayalah. Ini bukan cobaan! Ini betul2! Kembar tiga. Gambar ni tak lawa sangat tapi kalau dalam video diorang memang lawa. jeles aku,huhu

Infinity of sound ni adalah group yang menyanyikan lagu yang mana mereka sendiri memainkan alat muziknya and yang paling bestnya, alat muzik diorang adalah alat muzik tradisional. Memang best laa, bagi aku memandangkan aku memang suka bunyi2 an yang cam gitu.


Setakat yang aku dengar semua lagu-lagu diorang just nyanyi slow2. Maksudnya tak adalah jerit2 high pitch sampai nak pecah anak tekak. Just very soft and sweet. N stakat ni lah, lagu diorang yang bertajuk Millions Roses yang paling stick lam hati. Lagu ni nak kate menenangkan hati tidak. Lagu ni misteri tau. Buat aku rase cam.. misteri lah.. kot? Ahaa.. Buat meremang bulu roma free2 lah! Sebab lagu ni asalnya di tulis oleh seorang penulis lirik yang berasal daripada Latvia. Nama dia Raimonds Paul. Selepas itu barulah ditulis balik lam bahasa Rusia untuk Alla Pugachova yang merupakan seorang penyanyi Rusia. Lepas tu, kumpulan IS ni plak wat remix. Still,aku tetap rasa cam lagu ni lagu diorang sendirik becoz of the instruments. Ape2 pon, lagu2 diorang senang untuk di dengar oleh halwa telinga. Tak akan wat korang stress. Aku jamin! Well.. Kalau korang jenis yang minat lagu rock2,memang korang akan stress jugak. Depend laa.. Setiap orang ada citarasa sendiri kan? Apa kata korang tengok dulu video2 ni sampai abis baru komen. Hehehe.. Adiosa~



Suke tak?? KaLau suKe Like dan KomenLah yer? ^_^

Bye2 sUper jUniOr M!!!! (T__T)

Ya! Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
 Good evening lah..Semoga hari korang tidak sesugul aku hari ini. Ya.. Mood untuk hari ini.. Sedihh....... huhuhuhuhu... 
Hujan hujan hujan.. (Walaupun tak hujan sebenarnyer)


Sape tak tahu hari ni berapa haribulan,gi tengok kalendar sekarang. Alaa.. ape susah,tengok kat wall phone pon da jadi kan? Hee.. Da tengok ke blom? Kalau belom memang korang dasar pemalas nak bergerak.. Hihihi..
Jangan marah. Janganlah marah! Aku tengah sedih ni. Ok lah. Hari ni 28 aribulan Mei 2011 yang mana, Super Junior M akan buat persembahan kat Perhimpunan Belia yang di adakan kat Putrajaya. Ya! Sape tak bengang. (Orang yang tak minat suju kot?)
Ya! Aku yang bengang! HUhuhuhu.. Jauh gilew.. Kenapa mesti buat kat Putrajaya? Tak boleh ke buat dekat2 sikit. HUhuhu.. 
Dah laa ini di ibaratkan peluang sekali seumur hidup, dan aku melepaskannya begitu sahaja. Daa la dulu mase diorang buat konsert kat Malaysia aku tak leh nak gi sebab final exam. Aduish! HANCUR HATIKU!! 
Aku tak kisah kalau tak leh jumpa ahli suju yang lain. Tapi Kyuhyun.. Walaupun dari jarak beratus-ratus kilometer,asal ada depan mata, aku sudi dan rela.. n langsung tak sama ngan tengok lam tv
sedih douh.. Mak!! Orang daa 19, alamak,kantoi umo.. 
thun lpas di malaysia
Orang daa besar panjang mak. Tinggi 163 cm mak! Lagi tinggi dari mak. Yes! Tapi kenapa mak tak benarkan orang gi jumpa Kyuhyun?? Huhuhuhu.. Nangis3,,. 
(Agaknye kalau mak aku tengok ni mak aku bagi tak aku gi?)
Mak aku cakap aku tak matured adalah kot. 
Tapi. ini janjiku wahai blogger2 semua. Kalau tak sekarang suatu hari nanti pasti aku akan berjumpa dengan suju! Walau mase tuu da tak de orang pun yang minat diorang atau dorang masih terus famous macam sekarang, Aku akan jumpe jugak dengan diorang. Aku akan jumpa mereka.. I will. Huhuhu.. It's the power of believe! 
Adiosa!!!!!!! I'm coming Kyuhyun!!!!!!!! Kot.. huhuhuhuhuhu... (T__T)



Suke tak?? KaLau suKe Like dan KomenLah yer? ^_^

TodAy's ReviEw..

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca2 yang sudi membaca.. HEhehe.. Hari ini aku pemilik empunya blog ini ingin membuat sedikit review tentang cerita yang baru sahaja saya tonton bersama keluarga hari ini. Ya... Agak malang sedikit.. Ahaks~

Ya! Cerita ni da lame keluar tapi aku baru boley tgk!
Kenapa? Haa.. ini yang kita tak tau.. Hak3.. Xde laa.. sbb rini baru dye ada dalam astro first.. (aiseh,promot astro lak,hehehe) Hukhuk.. Cian kat aku kan..Nak gi panggung.. yang terdekat dengan tempat aku sekarang ini adalah............................. bandar Kuantan yang permai! Tadaaaa!! 
Bapak jaoh! 4jam perjalanan melalui jalan Bukit Besi jalan dalam rok dan mengambil masa hampir 9jam dengan memandu pada 100km/j melalui jalan bandar(Kuala Terengganu). Baek gi tengok kat KL terus. Panggung dye lagi best,aiyark~ 
Soooo... alah,cakap banyak lak.. citernye bertajuk Kongsi! Lu langsi Lu mati! Lu Langsi Lu mati..
(bergeMA lagu tema citer ni lam kepala aku saat ni,hak8)
p/s : sape tau pe maksud langsi gtaw aku eh??? Sampai sekarang tertanya2.. Huhuhu.. =,='

da datang da pon,>,<
Moving on.. Secara amnya aku bagi cite ni 3 *** setengah bintang!! Yeay!! Congrats!! Ahaks~

Citer ni Farid Kamil yang arahkan.
Best la jugak.. Kasi pecah perut petang2 and aku senang lagi suka hati menyaksikan Sam dalam citer ni. Mantap! 
Sebagai orang Terengganu yang menetap di sempadan negeri Kelantan dan Terengganu, best sangat dengar Sam cakap Kelantan. Bangge.. Hehehehehe.. ^^,
Well done...

Ok3.. Enough dengan review secare am.. Sekarang ni aku nak mengreview secara detail skit... kot? ^_^ v

Kesedapan cerita ini :

  1. Pertame sekali of course laa Sam!! Yeay!! Tepuk tangan kalau korang orang.. HEhehe.. 
  2. Lakonan mantap Sam meme wat ambo suko selok ah! Hahaha
  3. Komedi yang cuba disampaikan,.. samapai kepada aku. Boleh diterima akal dan aku ketawa.
Ketidaksedapan cerita ini :
  1. Sori Fizo.. Tapi lakonan anda amat mengecewakan. KAyu..  Secara amnya aku rasa watak polis lam citer ni adalah kayu. BATANG KAYU pokok kelapa kat tepi rumah aku ni. Ehee..^___^
  2. Endingnya amatlah mengecewakan. Tumulak tu bukan mainlah hebat kan, lawan polis cam makan nasi jew, (walaupun cuma dapat B- dalam menembak), bawak kereta drift bukan main lah kan, tapi laz2 kene tangkap ngan polis bodo2 cam tu jew.. Pe kes?? Senak mate aku tengok.. Huhuhu
  3. Polis pompuan tu lak yang cakap Lu Langsi Lu mati.. Seingat aku la dia tu polis. Pe hal die lak yang ley pegang tagline tu? (Kalau gengster part tu aku ley trime laa)
  4. N gengster.. Langsung tak gengster. Stakat memeras ugut kat market, ada tatu sana sini, rambut da macam berus sabut tapi!! Tapi ya Puan2 dan tuan2.. Tapi.. Bila jumpa polis.. Kene kutuk gilew2 punye kaw pon still rileks ngn lembiknye.. Tak real samsenglaa.. huhuhu..
  5. N aku tahu Tumulak gi Malaysia untuk kucar kacirkan geng2 kongsi gelap kat Malaysia, tapi aku sumpah aku tak faham kenapa. FK patutnya jelaskan lagi tujuan sebenar dorang,barulah best. 
Kesimpulannya,

bErbaloi untuk di tonton bersame2 keluarge tercinta ataupun sesape2 jer yang tercinta tapi... ada jugak laa kekurangannya sikit2.
Aku jujurnya merasakan filem ni ley jadi lagi bagus kalau FK ada tambah garam n gula sikit jew lagi lam cerita ni. Overall,tahniah kepada semua yang telah berusaha keras dalam menjayakan cerita ini. Tahniah and harapnye korang wat citer yg lg baek ar next time.. Selamat maju jaya! Adiosa~ ^^,

Suke tak?? KaLau suKe Like dan KomenLah yer? ^_^

Mali says hi.. she misses you so mUch..

Whenever it was the time that I think about him. My heart aches. My heart beats as it always does but then. Every beats ; each one of the beats hurts so much. My heart was crying whenever my eyes still dries. It was harder when I can't express my feeling. I hate that I am still thinking about him whenever I know that he never think of me. I hate that I know the fact. I hate that I know it. I hate that I perfectly understand, that I am no one to him. Nothing than just as friend. I hate that it happen to be.. I liked him. I hate that it happen to be I fall for him. I hate that I kept on thinking how sweet he could be. I hate that I kept on thinking of our possibility. I really hated that life.. is never as you seems in movies. Love is never as easy as in movies. It possible that you don't even have someone that always with you whatever happen. A person that know you more than you do. Maybe I still didn't found him. Which also mean that.. he was not the one. And I hate the fact that I did so many thing for him. I hate that I was so stupid all the while. 
I don't understand why can't he like me too. I don't understand the meaning of our friendship. I don't understand any of it. Or maybe I'm the only one who misunderstood everything from the beginning. And that mean.. It was not his fault. I was the one who try too much.  I was the one who hoped to much. I should have known where I am standing. I should never hoped. I should never know him maybe. I should just moved on. 
But I can't. 
How am I going to move on? How am I going to live without being haunted by his laugh, his jokes. Without him anymore in my life. How am I going to move on? How am I going to make the pain go away? How am I going to forget him?
My life is a mess. I have a great mom and dad who loves me so much. Wonderful friends that always support me. I am smiling and I am very happy. But I can't make the pain go away. That pain stay deep in my heart that no one can ever tell. No one will know if I didn't tell. 
I really wished that I can cry for you. But I can't. My mind denied my heart desires. I can't cry for you. And so I can't make you out of my mind. I can't take you out of my heart. But you know what. I think its time. It's been so long that I'm going this pain alone. It's been so long that I've been hoping for something that was impossible. It's time to let go. It's time to appreciate myself more. I need to cherished myself. I need my life back.  I need my happiness and you.. You shouldn't be there. Because you no longer belong here. In fact,you never here for me. I have to love someone who love me. And you're not the one. I have to. I had to let you go away from my life. I'll try my best. I know it's not easy. Its never been easy before and so it'll never be easy now. But I'll try. I'm so sorry for what happen between us and how it had turned out. I'm sorry that I'm being greedy. I'm sorry for even dreaming of it. I'm sorry for I'm not perfect and I'm sorry that I am heartbroken. I'm sorry that I can't turned back now. I'm sorry that I can't pretend like nothing ever happen. Time will revives everything. Time will heals the pain. Soon or later. I'm sorry that we can no longer be friend. I'm sorry for everything and thank you for being such a wonderful friend. I'll try my best to make you my best memories ever. And thank you for not contacting me. Thank you for your respect. Thank you for everything.
疯鸭肉,thank you.. and bye.

Suke tak?? KaLau suKe Like dan KomenLah yer? ^_^

Aku sAyang kAMu - pArt fOUr

"Andy,ambil order!" jeritan Puan Anita mengejutkan Andy yang sedang asyik mengelap meja kerja di belakang. Pantas sahaja dia berlari keluar. Pelanggan di kafe mewah bukan seperti pelanggan di kedai mamak. Lambat sikit pasti banyak sahaja adunya. Maklum sajalah, orang - orang yang datang setiap hari bukannya calang - calang orang. Orang - orang yang berjenama, orang - orang yang punyai harta benda yang tidak habis sepanjang tujuh keturunan.
"Encik nak buat order sekarang?" Andy menyoal sopan sambil bersiap sedia dengan pen dan kertasnya.
"Ya.... Hey, look who we have here guys." pantas sahaja suara itu di kenali namun lambat - lambat sahaja dia mendongakkan wajahnya.
"Andy, what the heck are you doing here?" Aidil menyoal galak sambil ketawa berterusan,mengejek.
"Kau kerja kat sini ke?" soal pula Roslan, temannya Aidil. Semua yang berada di meja bulat itu tertawa besar, menarik perhatian pelanggan lain yang berada di situ. Puan Anita sendiri terkinja - kinja dari jauh. Risau kalau - kalau anak buahnya buat hal.
Andy mengukir senyuman tawar, dia tiada keinginan untuk turut serta dalam penghinaan itu. Mempunyai pekerjaan sebagai seorang pelayan bukanlah sesuatu yang menghinakan buatnya. Asalkan pekerjaan itu halal dan sah di sisi undang - undang, dia tidak melihat itu sebagai suatu kesalahan.
"Jadi encik semua dah bersedia untuk order?" Andy mengulangi soalannya tatkala anak - anak muda itu masih lagi enak ketawa sekuat hati mereka. Dan ketawa mereka mati sebaik sahaja Andy mengakhiri soalannya. Perlahan Aidil berpaling ke arah Andy, masih lagi tersenyum sinis.
"Dy, kenapa kau tak balik rumah je? Kesian dato' duduk rumah sorang - sorang. Mesti sunyi kan," ujar Aidil sambil mencebik mukanya sebelum  ketawa kecil.
"Weh, mana ada sunyi dato' kan dah ada bini baru..." Hisyam menyampuk, membuatkan empat sekawan itu terus ketawa terbahak - bahak. Andy menggenggam tangan kanannya erat. Tidak. Dia harus bersabar. Tidak di sini. Gajinya bekerja di sini sudah cukup lumayan. Dia tidak sanggup untuk kehilangan pekerjaan ini. Tidak. Tapi penghinaan itu sudah melampau. Telinganya berdesing mendengar setiap tutur dan bicara mereka. 
"Rileks la Andy,buat apa nak marah kat bapak kau lama-lama. Adatlah tu,"  Lim menyampuk perlahan saat temannya masih lagi enak ketawa.
"Kau dulu pun,anak perempuan simpanan Dato' Syed Affendi bin Syed Zakaria jugak kan?" Roslan menyambung dalam nada serius selepas seketika. Oh,that's crossed the line! 

"Setidak - tidaknya, aku tak jadi sampah yang cuma tahu bergaya," perlahan Andy membalas, membuatkan semua berdiri kecuali Aidil. Kata - kata itu benar - benar menyakitkan hati mereka. Berani - beraninya lelaki yang cuma seorang pelayan restoran memanggil mereka sampah. Tidak layak langsung di mata mereka untuk perkataan itu di tuturkan kepada mereka. Mereka semua anak dato' dan tan sri, anak orang kenamaan yang berkemampuan untuk melakukan apa sahaja. Dan ketawa mereka semua mati di situ, namun terus - terusan menarik perhatian orang ramai.
Andy sekadar menundukkan wajahnya. Dia tidak mahu meletuskan marahnya di situ. Jika mahu bergaduh sekalipun, biar mereka yang memulakan agar dia tak dipersalahkan;walaupun dia pasti puan Anita pasti mencari kesempatan ini untuk memecatnya.  Aidil masih lagi tersenyum sinis walaupun hatinya membara. Perlahan dia bangun. Berdiri betul - betul di hadapan Andy namun masih lagi mengarahkan kuncu - kuncunya supaya tidak melakukan apa - apa dalam diam. Ketinggian mereka hampir sama cuma Aidil lebih sasa berbanding Andy.
"Andy, aku tak nak cari gaduh dengan kau. Rileks la bro,gurau sikit pun dah terasa ke?" Aidil mengucap lembut dan perlahan,menyapu bahu lelaki itu seolah-olah membersihkan habuk diatasnya walaupun tiada sambil mendekatkan dirinya dengan Andy.
"Tapi kau kena ingat bro, aku," Aidil berhenti seketika sebelum menyambung. 

Suke tak?? KaLau suKe Like dan KomenLah yer? ^_^

kEputuSan PsPm 2, 1o pg 18Mei 2011

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam berbahagia semua. Sekarang ni laptop saya menunjukkan jam 3.13 pagi dan saya tidak boleh tidor.. Lebih kurang dalam masa 7 jam sahaja lagi,keputusan peperiksaan yang bakal menentukan nasib dan masa depan saya sebagai seorang manusia yang mempunyai cita2,impian dan harapan bakal merubah segala-galanya dalam hidup saya. Jika keputusannya baik, (weLL,lam 3.5 dan keatas,Alhamdulillah,masa depan saya cerah,3.0 to 3.4, Insyaallah cerah) dan kalaulah dapat bawah daripada 3.0 malah jika lebih teruk daripada itu, saya akan berkahwin dengan seorang petani dan melahirkan ramai anak di usia yang muda. Just kidding! Of course ayah saya tak akan kahwinkan saya pada usia yang begitu muda.. Well.. mungkin tidak akan berbuat demikian. Ayah saya tahu saya anak yang pintar. Ayah saya tahu mengahwinkan saya di usia yang muda adalah yang paling tidak terbaik untuk masa depan saya... kot??
Tak kisahlah! Yang penting sekarang ini, saya memerlukan keputusan yang baik dan saya resah menunggunya. Sudah cuba untuk melelapkan mata. Percayalah! Mengantuknya bergunung namun terlelapnya tidak. Saya tidak gembira dengan semua ini. Meresahkan akal fikiran waras saya dan menghantui penilaian norma saya. Saya memerlukan rehat yang secukupnya untuk menghadapi hari esok. Memerlukan semangat yang secukupnya untuk melihat keputusan itu.
Dan yang paling penting memerlukan semangat yang sangat tinggi untuk memberitahu kedua orang tua saya tentang keputusan itu. Jika keputusan saya teruk,bagaimana saya hendak menyampaikan kepada mereka? Seriously how?? Like, hai mak,da check da result. sume fail. hehehehe?? 
NO WAY FOR GOD SAKE!! I could give her first heart attack. 
Stress menanti.. Even masa SPM dulu pun tak rasa cam ni. (Well,, sebab spm terlalu yakin last2 x capai target pun,buat malu jew. Da laa tak dapat pun tawaran gi ipta and only dapat tawaran matrik.. TU PUN 2ND INTAKE ) Like I;m going half crazy how. Not completely mad i think coz if i do, i wouldn't be able to write all this and let you all read it later. Right? I mean, bukanlah saya tiada keyakinan langsung untuk berjaya. Ada tapi tak seberapa. Sebab masa exam hari tu pun aku rasa cam aku ada banyak sangat buat silap. Kesilapan yang tidak perlu. N yang paling aku tak suka adalah kalau aku dapat B untuk BI. For God sake, tak ada guna aku dapat band4 untuk MUET(Malaysian University English Test) kalau BI aku sama level jew macam orang lain. Arghhh!!!!! 
Ya Allah, hanya kepada Kau hambaMu ini berserah. Kurniakanlah yang terbaik daripada apa yang telah kami usahakan. Berikanlah yang terbaik dari apa yang telah Kau rencanakan buat hidup kami. Kuatkanlah semangat hambaMu ini dan kuatkan hati - hati kami untuk menerima sebarang ketentuan dariMu ya Allah. Tabahkanlah kami sepanjang menghadapi cubaan ini ya Allah. Dan ampunilah dosa-dosa kami hambaMu yang hina ini ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkaulah aku berserah dan mengadu nasib ya Allah. Amiin ya rabbal Alamin~ 
DAA..
and ini kali kedua aku mengarut.. Sowi you guys.. Be more serious next time. Promise!!! >,<
Suke tak?? KaLau suKe Like dan KomenLah yer? ^_^

TeRdEsak kErja dan aku~

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Okay kepada semua pembaca yg brtuah, ni kali prtama anda semua akan menyaksikan saya mengarut sepuas hati selepas sekian lama di wall blog saya! ahahahahahaa.. tahniah ya semua.. 

ok.. seperti yg eklihatan pada tajuknya, sekarang ni aku gila2 trdesak utk bekerja! Ya,.. bknnye sbb nk cri pngalaman ke boring dok rumah ke hape.. CUMAAAA... cuma ya.. aku sangat hingin n kepingin utk membeli sesuatu.. untuk membeli benda yang bernilai 1388.30 ringgit malaysia.. 
Tak mahal ya! Cuma seribu lebih jew..
Bapak ah.. memang mungkin lah bagi insan2 yg suda berkejaya and mempunyai pendapatan yg stabil seribu lbih tu kacang tanah jew kot~
tapi bagi aku yg merupakan seorang penanam anggur yg berjaya (Well,paling kurang berjaya laa jugak kan? Ahaks~) Anyways, dek kerana pekerjaan aku sekarang ini, iaitu penanam anggur yg brjaya.. Aku cuma ada dua ratus yang mana merupakan upah kerana telah membantu ayahanda tercinta menyiapkan kerjanya. huhuhuhu.. kesian betul ak rase.. Mase aku kat matrik dulu pun aku tak rasa semiskin sekarang walaupun aku dok kat sana duit 50hengget pon susah nak lekat lam poket. huhu.. 
Yelah, ase tak ade duit, terus pegi mesin atm.. Cucuk kad, amek duit lam seratus.. Wah.. Da jadi jutawan daa mase tu.. kuui8
Hurm.. mungkin aku patut meminjam?? Tak!! Tak tak tak tak tak!!! Meminjam bukanlah prinsip idup aku. Aku tak pernah meminjam kecuali terdesak. Ya ada pengecualiannye ok? Aku manusia biase. Takleh la kate aku tak akan pernah meminjam. Nanti di buatnye aku tersalah cakap, "weh,pinjam sudu jap," tak ke berdosa free2 jew ak saat tu kan? AHaks~ Meloya buruk.. Rileks2,jangan marah, nama lagi aku mengarut kan, so korang yang da bace tu, bace jew sampai abis. ^^,



Suke tak?? KaLau suKe Like dan KomenLah yer? ^_^

Aku sAyang kAMu - pArt tHreE

" Baiklah,hari ini kelas sampai sini saja ok? Saya ada hal. Tapi,assingmnent tu saya nak ada atas meja saya sebelum pukul 5 petang Isnin ni,boleh?" Profesor Amran tegas mengatur bicara dalam nada senda. Satu kuliah besar kelas kejuruteraan matematik itu mengiyakan. Ada juga yang hanya asyik ketawa,senang dengan talatah pendidik mereka.
"Okay semua, bye! Have a nice weekend!" sebaik sahaja menamatkan ucapannya, pensyarah muda itu pantas melangkah keluar, benar - benar tergesa. Mungkin benar ada hal penting. Dan sebaik sahaja profesor itu menghilang dari ruangan dewan kuliah itu mula hingar bingar. Ada yang sudah berlalu pergi dengan gembira, ada yang masih lagi sedang berbual cuma intonasi suaranya sahaja lebih tinggi dan ada juga yang sibuk dengan nota dan kerja - kerja mereka yang belum siap. Andy pula, masih lagi kaku di situ. Merenung jauh ke hadapan, jauh menembusi dinding hadapan kuliah terus entah ke mana. Berfikir? Tidak juga. Cuma kenangan - kenangan lalu bergilir - gilir satu demi satu dalam fikirannya. Entah apa yang di bebelkan Profesor Amran seketika tadi, langsung tidak menyerap di benaknya. 
"Woi! Mimpikan mata air ke?" sergahan kuat mengejutkan Andy dari lamunannnya. Mujur saja dia bukan anak yang melatah seperti orang tua lama. Jika tidak sudah pasti habis peralatan menulisnya di campakkan kepada orang tersebut.
Andy sekadar merenung kosong wajah insan yang menyergahnya. Moodnya tiada untuk bergurau senda. Mungkin perasaan bersalahnya kerana menengking Musa pagi tadi belum dilunaskan. Dia tahu dia juga yang perlu meminta maaf dari temannya itu nanti. Selepas mengeluh berat,ANdy mula mengemas barang - barangnya. Hendak berlalu pergi. untung juga jika kelas habis awal. Dapat dia mula bekerja lebih awal; maka dapatlah dia upah yang lebih lumayan.
"Andy,kau pehal? Muka cam tempe basi je?" Soal Jamal, melihatkan tiada respon positif daripada temannya itu.
"Aku nak gi kerja ni. Kau pehal?" soal pula Andy,sudahpun mula mengemas barang - barangnya.
"Angin bai. Tak,aku nak tahu kau dah ada partner ke belum untuk projek ni?" soal Jamal serius. Untung - untung dia mengacah mood anak muda itu lebih - lebih, percuma sahaja penumbuk padu hinggap di mukanya. Walaupun dia tidak pernah merasainya, tapi lebih baik berhati - hati. Dia pernah melihat lelaki itu menumbuk rakannya dan walau sekadar melihat, dia dapat merasai sakitnya. Dia ke situ bukan untuk bergaduh. Dia ke situ untuk belajar; seiring dengan pesanan bondanya untuk membela nasib keluarganya.
"Partner? Projek?" Andy bersuara selepas seketika, sebaik sahaja dia selesai dengan alat tulisnya.
"La, kau tak dengar ke tadi prof Am cakap apa?" soal Jamal jujur. Sekali lagi Andy merenung kosong. Mengiyakan dalam diam. Perlahan Jamal mengeluh.
"Tak pelah, kau jadi partner aku je okay? Nanti aku bagitahu kau apa yang prof suruh buat. Kau pun nak gi kerja juga ni kan?" Perlahan Jamal meletakkan tangan kanannya di bahu Andy, cukup untuk menyentap anak muda itu kembali ke dunia nyata.
Jamal mengukir senyuman kemudian perlahan meninggalkan Andy.
Andy juga mahu berlalu pergi apabila namanya tiba - tiba di sahut dan pantas dia berpaling.
"Baik kau jumpa Puan Karmila. Okay?" Jamal mengucap separuh berteriak, kemudian terus berlalu. Masih lagi tersenyum. Dia tahu Andy ada masalah namun dia bukanlah orang yang sesuai untuk membantu. Pertolongannya pasti mengundang lebih banyak masalah. Andy terus merenung Jamal sehingga kelibatnya hilang di balik pintu depan dewan itu.
 Dia mengeluh berat memikirkan dirinya sendiri. Puan Karmila. Hatinya berdetik sendiri. Dia mengeluh lagi, perlahan ketawa dalam tidak sedarnya.
"Aku dah gila agaknya," ujarnya lemah kemudian perlahan berlalu melalui pintu belakang tanpa menyedari dia di perhatikan.

*     *     *     *     *

Suke tak?? KaLau suKe Like dan KomenLah yer? ^_^

Mak, ayah..sAranghAe!!

       Orang kata, kasihnya seorang ibu boleh membawa sampai ke syurga. Kerana susah payah seorang ibu mengandung, melahirkan, membesarkan dan menjaga kita sehinggalah kita menjadi siapa kita pada hari ini, tiada bandingnya dengan apa jua kesusahan yang ada dalam dunia ini. Oleh sebab itu jualah, orang tak   henti - henti menceritakan perihal betapa perlunya seorang anak itu taat dan menghormati kedua orang tuanya, terutamanya ibu walaupun anak kecil itu sudahpun mencecah umur dewasa. Kerana jasa dan pengorbanan seorang ibu , seorang anak dapat mencapai cita - citanya. Bukanlah bererti jasa seorang ayah itu tidak penting, keduanya penting dan keduanya sangat bermakna dalam hidup seorang anak. Biar anak itu hidup hingga ribuan tahun lamanya ; namun jika dia derhaka terhadap orang tuanya, hidupnya tidak akan pernah tenang walau sesaat. Malah ayat suci al-Quran nur Karim sendiri pernah menyebut, dosa menderhaka kepada ibu dan bapa adalah salah satu jenis dosa yang akan menerima pembalasannya di atas muka bumi ini lagi. 
Malah, ada juga yang mengatakan, keredaan Allah itu terletak pada keredaan kedua orang tuanya. Terutamanya ibu.

Mungkin sekarang kita sebagai anak muda yang baru belajar untuk mula mencipta langkah dan jejak - jejak kehidupan di muka bumi yang indah ini tidak akan pernah mengerti betapa susah dan peritnya beban yang harus mereka tanggung dalam membesarkan kita.
Ya, walau sebanyak mana usaha kita untuk memahami, kita tidak akan pernah mengerti sepenuhnya. Ya, mungkin untuk beberapa detik, mungkin untuk cuma sekelumit, kita merasainya. Namun kita hanya akan mengerti sepenuhnya tatkala kita sendiri bergelar seorang ibu ataupun bapa. Kita akan merasai setiap harapan, cita - cita , angan - angan dan setiap keazaman yang mereka simpan untuk kita.

       Mungkin aku cuma anak kecil yang pada amnya tidak layak untuk berbicara soal ini dengan selanjutnya. Lantaklah! AKu tak kisah. Who cares! Yang aku tahu , mak.. Ayah.. I love u more than anything in this world.
There's nothing else matter more in this whole universe but both of you. Stay close to me. Stay always with me. I love you mom. I love you dad. I may never tell this in front of you before. But it doesn't mean that I don't. I love you and always am. Be my strength, be my dream. Be with me forever. I love you! And i hope it's never too late to say Happy Mother's day. Hadiah tangguh dulu eh? Nanti orang kerja dulu..  @@,
I love you.


Always your lovely daughter,Mali forever~ ^^,v

Suke tak?? KaLau suKe Like dan KomenLah yer? ^_^

Aku sAyang kAMu - pArt tWo

             Perlahan sahaja tingkah Andy pagi itu. Tidak tergesa - gesa seperti pagi - pagi sebelumnya. Dia menjengah lekuar tingkap; mentari yang sedang menyapa bumi Malaysia dari ufuk timur sedikit menyilaukan mata namun dia senang dengan kehangatan yang di bawa bersama. Buku - buku yang diperlukan untuk kuliah paginya di kemas perlahan - lahan, disusun dan di atur rapi. 
 "Mengeluh bai?" soalan itu terpancul daripada bibir temannya,membuatkan Andy pantas berpaling.
  "Assalamualaikum?" ujar Andy,mengukir senyum buat temannya yang sudahpun terbaring di atas katilnya.
  "Waalaikummussalam," jawab Musa, tersenyum sumbing dengan sindiran Andy.
  "Tahu pun kau jawab salam,tapi tak reti pula ya nak bagi salam," ujar Andy sambil meneruskan pekerjaannya.
  "Eleh,berkira lor. Kau masuk bilik aku tak bagi salam tak pe pulak," Musa mempertahankan dirinya.
  "Paling kurang aku reti juga ketuk pintu tu," Andy membalas sambil ketawa kecil,membuat Musa terasa semakin tersindir.
Pantas sahaja anak muda itu bangun terus ke pintu. Dia mengetuk pintu kamar itu sekuat hatinya sambil mengucapkan salam berulang kali. Marah,detus hati Andy sambil ketawa kecil.
  "Ok ok ok.. Kau nak apa datang bilik aku pagi - pagi ni?" soal Andy, sudahpun menggalas begnya, bersedia untuk pergi. Musa sekadar merenung Andy dengan kening terangkat sebelah. Menyatakan persoalannya dalam diam.Anndy mngerti namun dia enggan mengiyakannya. Dia muak dengan soalan yang sama yang temannya itu panculkan setiap hari. Mengalahkan neneknya sendiri,fikirnya.
  " Kau nak bagitahu ke tak ni? Aku blah kang?" Andy mengugut. Dia pantang jika kesabarannya diuji dan Musa sedia tahu akan hal itu.
  "Rileks bai. Kau ni angin betol lah,period ke?" Musa cuba untuk bergurau namun Andy tiada keinginan untuk turut serta. Pantas dia melangkah pergi, meninggalkan Musa terbaring sendiri di atas katilnya.
  "Aku dengar si Aidil dah balik hari ni!" ujar Musa,separuh berteriak pada Andy yang sudahpun berada di anak tangga; dan langkah anak muda itu mati. Penghadang tangga di genggamnya kemas; dia hilang dalam fikirannya sendiri buat seketika. Pelbagai perkara bermain - main dalam kotak fikirannya saat itu. Dan dia bencikan semua yang menghantuinya. Segala yang bermain dalam ffikirannya yang membuatkan dia lupa akan dirinya sendiri; dia benci. Benci yang teramat sangat.

Suke tak?? KaLau suKe Like dan KomenLah yer? ^_^

Aku sAyang kAMu - pArt oNe

Perlahan Ana mengukir senyum. Sms yang baru diterima benar - benar menguntumkan hatinya. Ya,lelaki itu tidak pernah gagal mengukir senyum manis di wajah mudanya.
"Esok abang tunggu kat taman ya," ringkas sahaja mesej itu namun di rasakan bagai dunia ini dia yang punya. Perlahan dia memeluk patung bear yang menjadi peneman tidurnya selama ini. Perlahan kemudian semakin erat dan erat dan erat. Teriaknya di sembunyikan namun tidak berjaya di selindung teman kamarnya yang bertelinga lintah.
" Pakwe mesej ke? " sapa Syeila mengusik mengejutkan Ana dari angan manisnya.
"Mana ada ! Kawan je la, " nafi Ana pantas. Pantas ketawa Syeila berderai melihat wajah temannnya merah padam. Gadis itu memang tidak pandai untuk menipu. Perkenalan mereka selama lebih sepuluh  tahun sudah cukup buat dia memahami gadis itu. Lebih dari cukup.
" Kat mana pula kali ni?" soal Syeila setelah ketawanya reda. Ana pula, mencebik, kembali berbaring di atas tilam empuknya sambil terus memeluk patung beruang kesayangannya itu.
"Ala, merajuk la pulak.. Ok ok.. Aku mintak maaf okay?" ujar Syeila, lembut memujuk. Dan dengan mudahnya Ana memaafkan. Dia memang begitu. Hatinya begitu mudah di pujuk. Perlahan dia kembali duduk di sisi Syeila, menguntum senyuman melebar.
"Kat mana tuan puteri? Nak patik temankan pulak ke?" Soal Syeila lagi dan kali ini hanya disambut dengan tawa kecil oleh anak gadis itu.
"EH rh.. Ketawa pulak dia. " tegur Syeila tatkala persoalannya masih belum di jawab. 
"Ala Syeila.. Potong la kau ni. Bagi la aku berangan dulu," ujar Ana bergurau. Membuat Syeila turut sama ketawa.
"Sejak bila kawan aku jadi gatal sampai begini sekali ni?" ujar Syeila, masih lagi ketawa kecil dengan aksi Ana yang sudah mula berposing sakan di hadapan cermin besar di sudut kiri kamar itu.
Ana hanya turut ketawa sekali. Dia senang. Sudah lama dia tidak berjumap dengan lelaki itu. Benarlah dia rindukan lelaki itu dan selepas sekian lama, akhirnya ada jua khabar darinya.
"Bertuah lah kau Ana. Dapat si Aidil tu. Dah la hensem, anak orang berada pulak tu," ujar Syeila, melihat betapa gembiranya temannya itu.
"Hey, mengarutlah kau ni. Dia senior kita la, and aku ni cuma adik angkat dia okay?" ujar pula Ana menyangkah, kembali duduk di sisi Syeila sambil terus merangkul patung beruangnya.
" Ya lah. Adik beradik angkat pada nama sahaja kan? Aku tau kau ada hati kat dia," ujar Syeila lagi, cuba menyungkil isi hati temannya itu walupun segalanya begitu jelas pada riak wajahnya.
"Kalau betul aku ada hati sekalipun, tak ada gunanya.

Suke tak?? KaLau suKe Like dan KomenLah yer? ^_^

CeRita yaNg Ku karAng (cebisanNya)

Hujan yang mencurah dari langit pencipta sudah tidak menghiraukan dia yang masih lagi kaku di situ.  Dibiarkan sahaja dirinya di serang kedinginan malam, kesejukan air jernih yang menimpa tubuh lelakinya itu tidak sesejuk yang di rasakan oleh hati kecilnya. Dia masih lagi kaku di situ; matanya di pejam rapat. Kenapa dia tidak mati sahaja? Kenapa berikan dia keluarga, kenapa berikan dia peluang untuk meraih kasih sayang, kenapa berikan dia rasa cinta itu, kenapa berikan dia hidup; jika hidupnya mahu di rampas kembali saat harapannya semakin mekar di kalbu.Dia kecewa dengan dirinya sendiri. Kecewa dengan asal usulnya. Kecewa dengan nasibnya. Dia kecewa namun dia tidak menyesal. Walaupun hatinya di toreh bak sembilu, jiwanya tetap menguntum dengan masa lalunya. Tapi, hempedu yang perlu di telan itu tidak mudah. Apa lagi jika dia harus berdiri sendiri.

Suke tak?? KaLau suKe Like dan KomenLah yer? ^_^