" Baiklah,hari ini kelas sampai sini saja ok? Saya ada hal. Tapi,assingmnent tu saya nak ada atas meja saya sebelum pukul 5 petang Isnin ni,boleh?" Profesor Amran tegas mengatur bicara dalam nada senda. Satu kuliah besar kelas kejuruteraan matematik itu mengiyakan. Ada juga yang hanya asyik ketawa,senang dengan talatah pendidik mereka.
"Okay semua, bye! Have a nice weekend!" sebaik sahaja menamatkan ucapannya, pensyarah muda itu pantas melangkah keluar, benar - benar tergesa. Mungkin benar ada hal penting. Dan sebaik sahaja profesor itu menghilang dari ruangan dewan kuliah itu mula hingar bingar. Ada yang sudah berlalu pergi dengan gembira, ada yang masih lagi sedang berbual cuma intonasi suaranya sahaja lebih tinggi dan ada juga yang sibuk dengan nota dan kerja - kerja mereka yang belum siap. Andy pula, masih lagi kaku di situ. Merenung jauh ke hadapan, jauh menembusi dinding hadapan kuliah terus entah ke mana. Berfikir? Tidak juga. Cuma kenangan - kenangan lalu bergilir - gilir satu demi satu dalam fikirannya. Entah apa yang di bebelkan Profesor Amran seketika tadi, langsung tidak menyerap di benaknya.
"Woi! Mimpikan mata air ke?" sergahan kuat mengejutkan Andy dari lamunannnya. Mujur saja dia bukan anak yang melatah seperti orang tua lama. Jika tidak sudah pasti habis peralatan menulisnya di campakkan kepada orang tersebut.
Andy sekadar merenung kosong wajah insan yang menyergahnya. Moodnya tiada untuk bergurau senda. Mungkin perasaan bersalahnya kerana menengking Musa pagi tadi belum dilunaskan. Dia tahu dia juga yang perlu meminta maaf dari temannya itu nanti. Selepas mengeluh berat,ANdy mula mengemas barang - barangnya. Hendak berlalu pergi. untung juga jika kelas habis awal. Dapat dia mula bekerja lebih awal; maka dapatlah dia upah yang lebih lumayan.
"Andy,kau pehal? Muka cam tempe basi je?" Soal Jamal, melihatkan tiada respon positif daripada temannya itu.
"Aku nak gi kerja ni. Kau pehal?" soal pula Andy,sudahpun mula mengemas barang - barangnya.
"Angin bai. Tak,aku nak tahu kau dah ada partner ke belum untuk projek ni?" soal Jamal serius. Untung - untung dia mengacah mood anak muda itu lebih - lebih, percuma sahaja penumbuk padu hinggap di mukanya. Walaupun dia tidak pernah merasainya, tapi lebih baik berhati - hati. Dia pernah melihat lelaki itu menumbuk rakannya dan walau sekadar melihat, dia dapat merasai sakitnya. Dia ke situ bukan untuk bergaduh. Dia ke situ untuk belajar; seiring dengan pesanan bondanya untuk membela nasib keluarganya.
"Partner? Projek?" Andy bersuara selepas seketika, sebaik sahaja dia selesai dengan alat tulisnya.
"La, kau tak dengar ke tadi prof Am cakap apa?" soal Jamal jujur. Sekali lagi Andy merenung kosong. Mengiyakan dalam diam. Perlahan Jamal mengeluh.
"Tak pelah, kau jadi partner aku je okay? Nanti aku bagitahu kau apa yang prof suruh buat. Kau pun nak gi kerja juga ni kan?" Perlahan Jamal meletakkan tangan kanannya di bahu Andy, cukup untuk menyentap anak muda itu kembali ke dunia nyata.
Jamal mengukir senyuman kemudian perlahan meninggalkan Andy.
Andy juga mahu berlalu pergi apabila namanya tiba - tiba di sahut dan pantas dia berpaling.
"Baik kau jumpa Puan Karmila. Okay?" Jamal mengucap separuh berteriak, kemudian terus berlalu. Masih lagi tersenyum. Dia tahu Andy ada masalah namun dia bukanlah orang yang sesuai untuk membantu. Pertolongannya pasti mengundang lebih banyak masalah. Andy terus merenung Jamal sehingga kelibatnya hilang di balik pintu depan dewan itu.
Dia mengeluh berat memikirkan dirinya sendiri. Puan Karmila. Hatinya berdetik sendiri. Dia mengeluh lagi, perlahan ketawa dalam tidak sedarnya.
"Aku dah gila agaknya," ujarnya lemah kemudian perlahan berlalu melalui pintu belakang tanpa menyedari dia di perhatikan.

"Ana," Syeila memanggil dalam nada berbisik.
"Apa?" soal Ana perlahan,masih lagi sibuk menyiapkan notanya.
"Tengok tu," Syeila memuncungkan mulutnya,merujuk ke arah seorang lelaki yang duduk bersendirian tidak jauh daripada mereka.
"Siapa?" soal Ana sambil membetulkan cermin matanya. Andy. Perlahan dia menjawab sendiri. Dia kaku seketika menyaksikan anak muda itu terus hanyut dalam angannya; memandang ke hadapan kosong. Seolah - olah tiada apa - apa pun yang ada di situ; sedang Profesor Amran memberikan kuliahnya dengan bersemangat sekali. Walaupun ekor matanya profesor muda itu berkali - kali menerjah jam ditangannya.
"Jadi kenapa?" tangan Ana kembali bekerja, membantu tuannya berpura - pura sibuk. Pantas dia menyalin nota yang ada dengan kemas. Walaupun fikirannya sudah terganggu, Ana masih mampu untuk bekerja dengan baik. Salah satu kelebihan yang di berikan kepadanya sejak dari kecil lagi.
Syeila mengeluh lemah, menggelengkan kepalanya lemah melihatkan sikap temannya itu.
"Sampai bila korang nak bergaduh ni?" soal Syeila lembut. Dia tahu, jika dia mahu tahu melembutkan hati yang sedang marah dia tidak boleh berkasar.
"Alah,bukan aku yang mulakan." Ana membela diri.
"Mana kau tahu?" Syeila cuba membantah.
"Apa maksud kau mana aku tahu?" suara Ana meninggi dalam tidak sedarnya.
Selepas di tegur oleh beberapa pelajar yang duduk di belakangnya barulah Ana memperlahankan suaranya kembali.
"Apa maksud kau?" Ana mengulangi soalannya.
"Kenapa kau begitu pasti yang dia yang mulakan pergaduhan ni?" soal Syeila kembali,menerangkan soalannya.
"Mestilah aku pasti! Aku....." mulutnya terbuka luas untuk membantah namun lidahnya kelu. Dia tidak tahu apa yang perlu dia perkatakan. Dia terkeliru sendiri. Apa yang baru berlaku? Dahinya berkerut memikirkan kemungkinannya. Perlahan dia menoleh kembali ke arah Andy. Sisi kanan wajah lelaki itu di tatapnya dalam. Dia keliru. Tapi kenapa?
"Baiklah,hari ini kelas sampai sini saja ok? Saya ada hal. Tapi, assingmnent tu saya nak ada atas meja saya sebelum pukul 5 petang Isnin ni,boleh?" suara profesor Amran menamatkan kelas mengejutkan Ana.
"Jadi, adakah kau masih pasti?" Syeila menyoal kembali. Perlahan Ana berpaling ke arah Syeila. Dahinya masih berkerut.
Ana seolah - olah sudah hilang keupayaannya untuk berbicara. Nurul Aina Farhana,kenapa dengan kamu ni? Cepat buktikan yang Syeila salah. Bicaranya terhadap dirinya sendiri. Namun dia masih lagi kaku.
"Ana, kita dalam berkawan ni, bukanlah sentiasa baik sahaja. Macam kau dengan aku kan, kita ada juga gaduh - gaduh. Tapi, sebab kita bertolak ansurlah, persahabatan kita boleh kekal sampai hari ni. Takkan kau nak biarkan persahabatan kau dengan Andy tamat macam tu je?" soal Syeila,membuka kotak fikiran Ana kembali. Perlahan anak gadis itu berpaling kembali ke arah Andy yang berada di kiri hadapan dewan kuliah. Kini sedang berbicara dengan temannya,Jamal. Wajah Andy kelihatan sugul di matanya. Ya, jika di ikutkan hatinya sudah lama dia mahu kembali berkawan dengan lelaki itu. Namun egonya enggan mengalah. Egonya enggan tunduk. Tidak! Dia perlu membuktikan bahawa lelaki itu salah. Tapi, hatinya berkata yang sebaliknya. Apa salahnya jika bertolak ansur bukan? Tapi, telahan lelaki itu melampau. Dan akhirnya ya, dia mengakui dia keliru dalam diamnya.
"Jadi,kau faham maksud aku kan?" Syeila menyentuh tangan Ana perlahan, menguntum senyuman walaupun dahinya berkerut.
Ana hanya memandang Syeila berlalu meninggalkan dia sendiri. Dia tahu, Syeila ingin memberi dia ruang untuk berfikir.
Sekali lagi pandangannya di alih ke arah Andy. Andy sudah bersendiri. Jamal sudah mula berlalu meninggalkan lelaki itu. Dia mahu bangun dan pergi kepadanya namun kakinya seolah-olah di paku di situ.
"Andy,baik kau jumpa Puan Karmila. Okay?" suara Jamal yang separuh berteriak singgah di telinga Ana. Dia mengeluh, masih lagi menyaksikan Andy masih lagi kaku di situ tatkala Jamal sudah menghilang di balik pintu hadapan dewan. Perlahan dia lihat Andy tunduk, kemudian menggelengkan kepalanya ; melangkah mahu berlalu melalui pintu belakang. Ana sudah berdiri, dia sudahpun melangkah ke hadapan sedang mulutnya masih membisu. Langkahnya mati di situ sahaja,kaku terus memandang Andy yang akhirnya menghilang jua di balik pintu , seperti Jamal. Dia mengeluh. Biarlah dulu,detus hatinya lemah. Mereka sungguh dekat tapi sungguh jauh..

0 bUdak cOmeL bERucaP :
Catat Ulasan