Perlahan sahaja tingkah Andy pagi itu. Tidak tergesa - gesa seperti pagi - pagi sebelumnya. Dia menjengah lekuar tingkap; mentari yang sedang menyapa bumi Malaysia dari ufuk timur sedikit menyilaukan mata namun dia senang dengan kehangatan yang di bawa bersama. Buku - buku yang diperlukan untuk kuliah paginya di kemas perlahan - lahan, disusun dan di atur rapi.
"Mengeluh bai?" soalan itu terpancul daripada bibir temannya,membuatkan Andy pantas berpaling.
"Assalamualaikum?" ujar Andy,mengukir senyum buat temannya yang sudahpun terbaring di atas katilnya.
"Waalaikummussalam," jawab Musa, tersenyum sumbing dengan sindiran Andy.
"Tahu pun kau jawab salam,tapi tak reti pula ya nak bagi salam," ujar Andy sambil meneruskan pekerjaannya.
"Eleh,berkira lor. Kau masuk bilik aku tak bagi salam tak pe pulak," Musa mempertahankan dirinya.
"Paling kurang aku reti juga ketuk pintu tu," Andy membalas sambil ketawa kecil,membuat Musa terasa semakin tersindir.
Pantas sahaja anak muda itu bangun terus ke pintu. Dia mengetuk pintu kamar itu sekuat hatinya sambil mengucapkan salam berulang kali. Marah,detus hati Andy sambil ketawa kecil.
"Ok ok ok.. Kau nak apa datang bilik aku pagi - pagi ni?" soal Andy, sudahpun menggalas begnya, bersedia untuk pergi. Musa sekadar merenung Andy dengan kening terangkat sebelah. Menyatakan persoalannya dalam diam.Anndy mngerti namun dia enggan mengiyakannya. Dia muak dengan soalan yang sama yang temannya itu panculkan setiap hari. Mengalahkan neneknya sendiri,fikirnya.
" Kau nak bagitahu ke tak ni? Aku blah kang?" Andy mengugut. Dia pantang jika kesabarannya diuji dan Musa sedia tahu akan hal itu.
"Rileks bai. Kau ni angin betol lah,period ke?" Musa cuba untuk bergurau namun Andy tiada keinginan untuk turut serta. Pantas dia melangkah pergi, meninggalkan Musa terbaring sendiri di atas katilnya.
"Aku dengar si Aidil dah balik hari ni!" ujar Musa,separuh berteriak pada Andy yang sudahpun berada di anak tangga; dan langkah anak muda itu mati. Penghadang tangga di genggamnya kemas; dia hilang dalam fikirannya sendiri buat seketika. Pelbagai perkara bermain - main dalam kotak fikirannya saat itu. Dan dia bencikan semua yang menghantuinya. Segala yang bermain dalam ffikirannya yang membuatkan dia lupa akan dirinya sendiri; dia benci. Benci yang teramat sangat.
"Aku dengar Aidil dah balik," Musa mengulangi kenyataannya; kali ini dia sudah berdiri betul - betul di belakang Andy.
"Jadi?" soal Andy,masih lagi kaku di situ.Dia tidak berpaling, hanya mencuri pandang dari ekor matanya. Fikirannya masih lagi jauh melayang, berfikir tentang sesuatu yang tidak perlu buat fikirannya namun mengganggu hatinya sejak dari dulu lagi.
"Jadi? Jadi kau nak buat apa?" soal Musa dalam tidak percaya.
"Nak buat apa?" soal Andy kembali,ketawa kecil;,berpaling ke arah Musa kali ini.
Musa membeliakkan matanya ; dia tahu Andy mendengar soalannya dengan jelas dan dia tahu Andy memahami maksud di sebaliknya dan dia enggan mengulanginnya.
" Nak buat apa lagi? Buat bodoh lah." ujar Andy selamba kemudian terus meneruskan langkahnya ke hadapan. Musa kaget seketika sebelum mula mengejar Andy.
"Apa maksud kau buat bodoh? Ana macam mana?" soal Musa lagi,masih tidak puas hati. Dia memerhatikan sahaja temannya itu mengikat tali kasutnya sambil menantikan sebuah jawapan.
"Ana? Siapa Ana?" Andy bangun dan kembali berdiri tegak. Headset mp3 nya sudahpun dipasang,dengan kelantangan maksimum. Dia enggan mendengar bebelan seterusnya daripada Musa.
Andy sudahpun berada di pintu pagar saat Musa merangkul tangannya kasar,memaksa Andy mematikan langkahnya. Headsetnya di ragut kasar,membuat dia mengaduh lemah.
"Kau gila ke?" soal Andy separuh berteriak.
"Tak! Kau tu yang gila. Kau tahu kan Aidil jantan yang macam mana? Kau nak biarkan je? Kau nak ke Ana jadi mangsa dia yang seterusnya?" Musa mengajukan soalan bertalu - talu,jelas menunjukkan perasaan tidak puas hatinya.
"Look okay,kalu kau kisah sangat,kenapa tak kau je yang pergi pujuk si Ana lembab tu suruh jangan kawan dengan si Aidil tu?" Andy sudah mahu berlalu pergi sebelum Musa menariknya kasar buat kali kedua.
"Kau jangan tunjuk kau tak kisah,aku tahu kau kisah. Please la Die,nanti kau jugak yang nyesal," Musa masih lagi tidak mahu mengalah.
"Wei,aku dah lewat nak gi kuliah ni. Dah dah la kacau aku dengan benda yang tak penting ni," sekali lagi mUsa menghalang Andy daripada berlalu.
"Tak penting? Die,Ana tu kan kawan baik kau.. Or mungkin boleh aku kata sebagai,"
"Aku tak kisah ok? Aku tak kisah! Suka hati dia la nak buat apa pun. Dia sendiri yang pilih dia sendiri la yang tanggung! Aku tak peduli! Kalau kau nak rasa penumbuk aku pagi - pagi buta ni, cubalah halang aku sekali lagi!" Andy mengamuk; kesabarannya memuncak dengan cubaan mUsa untuk menghalangnya. Dia benci di paksa,dia tidak suka. Kerana hal itu jualah, dia sanggup melarikan diri dari rumahnya dan hidup sendiri. Dia tidak suka di kongkong. Dia mahu bebas membuat keputusannya sendiri.
Perlahan Musa melepaskan genggamannya. Tiada faedahnya jika dia menerima tumbukan temannya itu; tiada apa yang boleh mengubah fikirannya. Dia kecewa dengan dirinya sendiri,kecewa kerana gagal mengubah pendirian Andy. Tambahan pula, Andy tidak pernah sekasar itu dengannya selama ini. Temannya itu sentiasa ramah dengannya. Musa tahu Andy menyedari akan sifatnya yang mudah terasa; Andy juga temannya yang paling tidak mementingkan diri sendiri. Walau betapa sukar sekalipun , Andy pasti menghulurkan bantuan jika dia memerlukannya. Dan kecewanya bertambah apabila dia menyedari akan dirinya yang tidak mampu untuk membantu temannya itu. Dia kecewa. Dirinya di saluti kekecewaan saat menyaksikan Andy berlalu dengan perasaan marah. Kalaulah dia dapat membantu..
"Bagilah aku tolong kau,aku tahu kau sedih," Musa mengomel sendiri.
0 bUdak cOmeL bERucaP :
Catat Ulasan