kEputuSan PsPm 2, 1o pg 18Mei 2011

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam berbahagia semua. Sekarang ni laptop saya menunjukkan jam 3.13 pagi dan saya tidak boleh tidor.. Lebih kurang dalam masa 7 jam sahaja lagi,keputusan peperiksaan yang bakal menentukan nasib dan masa depan saya sebagai seorang manusia yang mempunyai cita2,impian dan harapan bakal merubah segala-galanya dalam hidup saya. Jika keputusannya baik, (weLL,lam 3.5 dan keatas,Alhamdulillah,masa depan saya cerah,3.0 to 3.4, Insyaallah cerah) dan kalaulah dapat bawah daripada 3.0 malah jika lebih teruk daripada itu, saya akan berkahwin dengan seorang petani dan melahirkan ramai anak di usia yang muda. Just kidding! Of course ayah saya tak akan kahwinkan saya pada usia yang begitu muda.. Well.. mungkin tidak akan berbuat demikian. Ayah saya tahu saya anak yang pintar. Ayah saya tahu mengahwinkan saya di usia yang muda adalah yang paling tidak terbaik untuk masa depan saya... kot??
Tak kisahlah! Yang penting sekarang ini, saya memerlukan keputusan yang baik dan saya resah menunggunya. Sudah cuba untuk melelapkan mata. Percayalah! Mengantuknya bergunung namun terlelapnya tidak. Saya tidak gembira dengan semua ini. Meresahkan akal fikiran waras saya dan menghantui penilaian norma saya. Saya memerlukan rehat yang secukupnya untuk menghadapi hari esok. Memerlukan semangat yang secukupnya untuk melihat keputusan itu.
Dan yang paling penting memerlukan semangat yang sangat tinggi untuk memberitahu kedua orang tua saya tentang keputusan itu. Jika keputusan saya teruk,bagaimana saya hendak menyampaikan kepada mereka? Seriously how?? Like, hai mak,da check da result. sume fail. hehehehe?? 
NO WAY FOR GOD SAKE!! I could give her first heart attack. 
Stress menanti.. Even masa SPM dulu pun tak rasa cam ni. (Well,, sebab spm terlalu yakin last2 x capai target pun,buat malu jew. Da laa tak dapat pun tawaran gi ipta and only dapat tawaran matrik.. TU PUN 2ND INTAKE ) Like I;m going half crazy how. Not completely mad i think coz if i do, i wouldn't be able to write all this and let you all read it later. Right? I mean, bukanlah saya tiada keyakinan langsung untuk berjaya. Ada tapi tak seberapa. Sebab masa exam hari tu pun aku rasa cam aku ada banyak sangat buat silap. Kesilapan yang tidak perlu. N yang paling aku tak suka adalah kalau aku dapat B untuk BI. For God sake, tak ada guna aku dapat band4 untuk MUET(Malaysian University English Test) kalau BI aku sama level jew macam orang lain. Arghhh!!!!! 
Ya Allah, hanya kepada Kau hambaMu ini berserah. Kurniakanlah yang terbaik daripada apa yang telah kami usahakan. Berikanlah yang terbaik dari apa yang telah Kau rencanakan buat hidup kami. Kuatkanlah semangat hambaMu ini dan kuatkan hati - hati kami untuk menerima sebarang ketentuan dariMu ya Allah. Tabahkanlah kami sepanjang menghadapi cubaan ini ya Allah. Dan ampunilah dosa-dosa kami hambaMu yang hina ini ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkaulah aku berserah dan mengadu nasib ya Allah. Amiin ya rabbal Alamin~ 
DAA..
and ini kali kedua aku mengarut.. Sowi you guys.. Be more serious next time. Promise!!! >,<
Suke tak?? KaLau suKe Like dan KomenLah yer? ^_^

0 bUdak cOmeL bERucaP :