"Esok abang tunggu kat taman ya," ringkas sahaja mesej itu namun di rasakan bagai dunia ini dia yang punya. Perlahan dia memeluk patung bear yang menjadi peneman tidurnya selama ini. Perlahan kemudian semakin erat dan erat dan erat. Teriaknya di sembunyikan namun tidak berjaya di selindung teman kamarnya yang bertelinga lintah.
" Pakwe mesej ke? " sapa Syeila mengusik mengejutkan Ana dari angan manisnya.
"Mana ada ! Kawan je la, " nafi Ana pantas. Pantas ketawa Syeila berderai melihat wajah temannnya merah padam. Gadis itu memang tidak pandai untuk menipu. Perkenalan mereka selama lebih sepuluh tahun sudah cukup buat dia memahami gadis itu. Lebih dari cukup.
" Kat mana pula kali ni?" soal Syeila setelah ketawanya reda. Ana pula, mencebik, kembali berbaring di atas tilam empuknya sambil terus memeluk patung beruang kesayangannya itu.
"Ala, merajuk la pulak.. Ok ok.. Aku mintak maaf okay?" ujar Syeila, lembut memujuk. Dan dengan mudahnya Ana memaafkan. Dia memang begitu. Hatinya begitu mudah di pujuk. Perlahan dia kembali duduk di sisi Syeila, menguntum senyuman melebar.
"Kat mana tuan puteri? Nak patik temankan pulak ke?" Soal Syeila lagi dan kali ini hanya disambut dengan tawa kecil oleh anak gadis itu.
"EH rh.. Ketawa pulak dia. " tegur Syeila tatkala persoalannya masih belum di jawab.
"Ala Syeila.. Potong la kau ni. Bagi la aku berangan dulu," ujar Ana bergurau. Membuat Syeila turut sama ketawa.
"Sejak bila kawan aku jadi gatal sampai begini sekali ni?" ujar Syeila, masih lagi ketawa kecil dengan aksi Ana yang sudah mula berposing sakan di hadapan cermin besar di sudut kiri kamar itu.
Ana hanya turut ketawa sekali. Dia senang. Sudah lama dia tidak berjumap dengan lelaki itu. Benarlah dia rindukan lelaki itu dan selepas sekian lama, akhirnya ada jua khabar darinya.
"Bertuah lah kau Ana. Dapat si Aidil tu. Dah la hensem, anak orang berada pulak tu," ujar Syeila, melihat betapa gembiranya temannya itu.
"Hey, mengarutlah kau ni. Dia senior kita la, and aku ni cuma adik angkat dia okay?" ujar pula Ana menyangkah, kembali duduk di sisi Syeila sambil terus merangkul patung beruangnya.
" Ya lah. Adik beradik angkat pada nama sahaja kan? Aku tau kau ada hati kat dia," ujar Syeila lagi, cuba menyungkil isi hati temannya itu walupun segalanya begitu jelas pada riak wajahnya.
"Kalau betul aku ada hati sekalipun, tak ada gunanya.
Awek dia nak buang ke mana?" Ana mencebik muka.
"LAh.. Si Jun tu? Bukannya Aidil suka pun kat dia. Jun tu je yang terhegeh - hegeh nak kat dia, and kalau betul lah Aidil tu suka kat Jun tu, dia dah tak layan kau tau Ana,"
"TAK payah nak bagi aku harapan la Syeila, aku dan AIdil bagai helang dengan pipit. Dia sudi untuk jadi abang angkat aku dan ajarkan aku Matematik pun sudah cukup baik. Aku tak mahu mengharapkan lebih." ujar Ana lembut. Matanya mula melayu, tidak seceria sebelum itu.
"Adakah itu bermaksud ya?" soal Syeila,perlahan mengukir senyuman tanpa di sedari Ana.
"Ya.." jawab Ana dalam tidak sedarnya. Ketawa Syeila berderai sebelum sempat Ana kembali di dunia yang nyata.
"Yes! Aku memang dah agak lama dah! Yes! Aku memang pandai!" Jerit Syeila berulang kali di selangi dengan tawanya. Ana hanya mampu mencebik muka di sisi,menyaksikan betapa gembiranya Syeila menyungkil hatinya.
"Haih.. Bodohnya aku," detus hatinya lemah. Dia terlalu lurus dan begitu mudaah untuk di perbodohkan.
Tet tet.. Tet tet... Getaran telefon mengejutkan Ana yang sugul sendiri.
Ya, telefon bimbitnya dalam mod senyap. Pantas telefon yang berada di dalam saku seluarnya di capai dan pantas dia menjerit tatkala melihat nama pemanggilnya.
"Syeila! Diam!" jeritnya sebelum menjawab panggilan tersebut.
"Hello?"
"Hello? Kenapa tak balas mesej abang?" suara lelaki itu menggoncangkan imannya. Membuatkan dadanya berombak kencang.
"Ah.. Ana... Tak tahu nak balas apa," ujarnya gugup - gugup sambil Syeila memasang telinga sambil menahan ketawanya di sudut kamar.
"OH,abang ingat ke adik tak nak jumpa abang esok," ujar lelaki itu lembut sambil ketawa kecil. Adik,sedar ataupun tidak perkataan itu membuatkan hati Ana sedikit hiba.
"Eh tak adalah! Mestilah adik... nak jumpa abang jugak.." ujar Ana lemah. Lama lelaki itu membisu sebelum membalas.
"Oklah. Abang tak nak kacau adik. Dah lewat ni,tidur ya?" ujar lelaki itu,masih lagi lembut.
"AH? ok.. Abang pun sama," balas Ana, masih lagi bernada sugul.
"Ana?" suara Aidil memanggilnya menyentap kembali Ana ke dunia nyata.
"Abang ada surprise untuk Ana,esok pakai lawa - lawa ya?" ujar Aidil lembut, membuatkan Ana terpaku seketika.
"Ana?"
"Ah? Ya! Baiklah! Siap bos!" ujaar Ana kelam kabut,membuatkan Aidil tergelak kecil.
"Oklah,selamat malam. Tidur awal ya?" talian di matikan dan pantas Syeila meluru ke arah Ana,
"Apa dia cakap??" soal Syeila berulang kali melihatkan Ana yang sudahpun terbang jauh ke angkasa
"Yes!!!" jerit Ana gembira dalam tidak sedarnya.
0 bUdak cOmeL bERucaP :
Catat Ulasan