"Andy,ambil order!" jeritan Puan Anita mengejutkan Andy yang sedang asyik mengelap meja kerja di belakang. Pantas sahaja dia berlari keluar. Pelanggan di kafe mewah bukan seperti pelanggan di kedai mamak. Lambat sikit pasti banyak sahaja adunya. Maklum sajalah, orang - orang yang datang setiap hari bukannya calang - calang orang. Orang - orang yang berjenama, orang - orang yang punyai harta benda yang tidak habis sepanjang tujuh keturunan.
"Encik nak buat order sekarang?" Andy menyoal sopan sambil bersiap sedia dengan pen dan kertasnya.
"Ya.... Hey, look who we have here guys." pantas sahaja suara itu di kenali namun lambat - lambat sahaja dia mendongakkan wajahnya.
"Andy, what the heck are you doing here?" Aidil menyoal galak sambil ketawa berterusan,mengejek.
"Kau kerja kat sini ke?" soal pula Roslan, temannya Aidil. Semua yang berada di meja bulat itu tertawa besar, menarik perhatian pelanggan lain yang berada di situ. Puan Anita sendiri terkinja - kinja dari jauh. Risau kalau - kalau anak buahnya buat hal.
Andy mengukir senyuman tawar, dia tiada keinginan untuk turut serta dalam penghinaan itu. Mempunyai pekerjaan sebagai seorang pelayan bukanlah sesuatu yang menghinakan buatnya. Asalkan pekerjaan itu halal dan sah di sisi undang - undang, dia tidak melihat itu sebagai suatu kesalahan.
"Jadi encik semua dah bersedia untuk order?" Andy mengulangi soalannya tatkala anak - anak muda itu masih lagi enak ketawa sekuat hati mereka. Dan ketawa mereka mati sebaik sahaja Andy mengakhiri soalannya. Perlahan Aidil berpaling ke arah Andy, masih lagi tersenyum sinis.
"Dy, kenapa kau tak balik rumah je? Kesian dato' duduk rumah sorang - sorang. Mesti sunyi kan," ujar Aidil sambil mencebik mukanya sebelum ketawa kecil.
"Weh, mana ada sunyi dato' kan dah ada bini baru..." Hisyam menyampuk, membuatkan empat sekawan itu terus ketawa terbahak - bahak. Andy menggenggam tangan kanannya erat. Tidak. Dia harus bersabar. Tidak di sini. Gajinya bekerja di sini sudah cukup lumayan. Dia tidak sanggup untuk kehilangan pekerjaan ini. Tidak. Tapi penghinaan itu sudah melampau. Telinganya berdesing mendengar setiap tutur dan bicara mereka.
"Rileks la Andy,buat apa nak marah kat bapak kau lama-lama. Adatlah tu," Lim menyampuk perlahan saat temannya masih lagi enak ketawa.
"Kau dulu pun,anak perempuan simpanan Dato' Syed Affendi bin Syed Zakaria jugak kan?" Roslan menyambung dalam nada serius selepas seketika. Oh,that's crossed the line!
"Rileks la Andy,buat apa nak marah kat bapak kau lama-lama. Adatlah tu," Lim menyampuk perlahan saat temannya masih lagi enak ketawa.
"Kau dulu pun,anak perempuan simpanan Dato' Syed Affendi bin Syed Zakaria jugak kan?" Roslan menyambung dalam nada serius selepas seketika. Oh,that's crossed the line!
"Setidak - tidaknya, aku tak jadi sampah yang cuma tahu bergaya," perlahan Andy membalas, membuatkan semua berdiri kecuali Aidil. Kata - kata itu benar - benar menyakitkan hati mereka. Berani - beraninya lelaki yang cuma seorang pelayan restoran memanggil mereka sampah. Tidak layak langsung di mata mereka untuk perkataan itu di tuturkan kepada mereka. Mereka semua anak dato' dan tan sri, anak orang kenamaan yang berkemampuan untuk melakukan apa sahaja. Dan ketawa mereka semua mati di situ, namun terus - terusan menarik perhatian orang ramai.
Andy sekadar menundukkan wajahnya. Dia tidak mahu meletuskan marahnya di situ. Jika mahu bergaduh sekalipun, biar mereka yang memulakan agar dia tak dipersalahkan;walaupun dia pasti puan Anita pasti mencari kesempatan ini untuk memecatnya. Aidil masih lagi tersenyum sinis walaupun hatinya membara. Perlahan dia bangun. Berdiri betul - betul di hadapan Andy namun masih lagi mengarahkan kuncu - kuncunya supaya tidak melakukan apa - apa dalam diam. Ketinggian mereka hampir sama cuma Aidil lebih sasa berbanding Andy.
"Andy, aku tak nak cari gaduh dengan kau. Rileks la bro,gurau sikit pun dah terasa ke?" Aidil mengucap lembut dan perlahan,menyapu bahu lelaki itu seolah-olah membersihkan habuk diatasnya walaupun tiada sambil mendekatkan dirinya dengan Andy.
"Kau kena ingat yang aku ada dia. Dalam tangan aku," pantas Andy berpaling ke arah Aidil yang sudahpun berada di belakangnya,menggenggam penumbuknya di hadapan Andy. Dan senyum lelaki itu terus bertukar menjadi tawa kecil; ketawa yang menghina.
"Ada apa - apa masalah ke encik?" suara Puan Anita mengejutkan Andy kembali ke dunia nyata.
"Puan pengurus di sini ke?" soal Aidil yakin, smabil perlahan mengarahkan temannya duduk. Ibarat lembu yang di cucuk hidungnya, mereka semua akur.
"Ya saya. Nampaknya encik seperti ada masalah di sini." ujar Puan ANita berhemah walaupun jantungnya berdegup kencang. Manalah tahu jika anak - anak muda itu bertindak diluar kawalan.
"Oh, tidak! Saya tiada masalah dengan kafe puan. Malahan, kafe ini amat bagus sekali. Saya gembira dengan layanan yang pekerja puan tunjukkan." Aidil berbasi - basi, masih lagi menggunakan kemahiran sosialnya selama ini. Satu kelebihan yang membutkan jutaan wanita mengejarnya tanpa menyedari siapa dia yang sebenarnya.
"Baguslah, memang sudah menjadi pegangan kami di Andira cafe untuk menjamin keselesaan dan kepuasan pelanggan kami," Puan Anita menarik nafas lega seketika.
"Tahniah kepada puan kerana telah menggaji pekerja - pekerja yang bagus, terutamanya Andy," Aidil masih lagi berbasi - basi dengan wanita itu walaupun dia sudah tidak sabar untuk menunggu wanita itu berlalu pergi.
"Terima kasih, selamat menjamu selera di kafe kami encik. Andy,ambil lah order sekarang," ujar Puan Anita, masih lagi menunggu di situ. Bimbang kalau - kalau anak - anak muda itu berkelahi sekali lagi jika dia berlalu pergi.
"Order encik," Andy menyoal lemah,tunduk. Dia tidak mahu melihat wajah lelaki itu.
"Bagi saya set c empat,terima kasih." Aidil menjawab lembut,mengukir senyuman buat Puan Anita.
"Set c empat, ada apa-apa lagi yang boleh saya dapatkan lagi untuk encik?" soal Andy,masih lagi bersembunyi di sebalik topinya.
"Tak ada, terima kasih," Perlahan Andy berlalu bersama puan Anita yang mengikutinya dari belakang. Sebaik sahaja tempahan di buat, pantas sahaja puan Anita menarik Andy ke belakang.
"Apa hal tu tadi?" soalnya tegas,mencekak pinggang.
"Tak ada apa - apa puan, maafkan saya," ujar Andy lemah, malas untuk bercerita panjang.
"Awak bernasib baik tahu dia tidak ingin melaporkan awak. Kalau tidak pasti awak di pecat." Puan Anita mendengus kasar dalam nada berbisiknya. Andy pula terus tidak mahu bercerita panjang.
"Maafkan saya puan," Ada benda lain yang lebih penting mengganggu fikirannya saat itu.
"Maafkan saya puan," Ada benda lain yang lebih penting mengganggu fikirannya saat itu.
"Dah, syif awak sampai sini je hari ni. " pantas Puan Anita membuat keputusan.
"Sampai sini?" Andy cuba membantah.
"Saya takkan ulang balik apa yang saya dah cakap," Puan Anita menambah sambil berlalu pantas.
"Syif saya ada lagi empat jam. Puan nak potong gaji saya?" Andy separuh berteriak tatkala puan Anita mahu berlalu pergi.
Pantas Puan Anita berpaling. Wajahnya masam mencuka,memberi jawapan yang pasti buat Andy sebelum berlalu.
"Arghhh!!"
Malang betul. Empat jam maksudnya sudah lima puluh ringgit. Ruginya! Andy mendengus sendiri sebelum mencapai telefon bimbitnya. Pantas sahaja tangannya menekan butang - butang yang ada dan mendail. Selepas beberapa deringan,akhirnya panggilan itu dijawab. Dan Andy kelu untuk berbicara.
"Hello?? Andy?" Syeila menyoal dalam lirikan nada berlagu setelah lama dia menantikan bicara lelaki itu yang terus membisu.
"Awak ada kat mana?" Andy menyoal ringkas. Dia kekok untuk berbicara dengan perempuan.
"Ada kat kafe,kenapa?" Syeila membalas
"Aina?" Andy menyoal lagi selepas seketika.
"Ana? Entahlah. Saya tak keluar sekali dengan dia hari ni. Kenapa ni,macam ada hal penting je?" Syeila meneka.
"Syeila, awak kena cari Ana sekarang. Dia dalam bahaya," pantas Andy menjawab sambil kakinya terus melangkah perlahan,mengekori sekumpulan remaja yang baru sahaja menyebabkan dia kerugian lima puluh ringgit.
Malang betul. Empat jam maksudnya sudah lima puluh ringgit. Ruginya! Andy mendengus sendiri sebelum mencapai telefon bimbitnya. Pantas sahaja tangannya menekan butang - butang yang ada dan mendail. Selepas beberapa deringan,akhirnya panggilan itu dijawab. Dan Andy kelu untuk berbicara.
"Hello?? Andy?" Syeila menyoal dalam lirikan nada berlagu setelah lama dia menantikan bicara lelaki itu yang terus membisu.
"Awak ada kat mana?" Andy menyoal ringkas. Dia kekok untuk berbicara dengan perempuan.
"Ada kat kafe,kenapa?" Syeila membalas
"Aina?" Andy menyoal lagi selepas seketika.
"Ana? Entahlah. Saya tak keluar sekali dengan dia hari ni. Kenapa ni,macam ada hal penting je?" Syeila meneka.
"Syeila, awak kena cari Ana sekarang. Dia dalam bahaya," pantas Andy menjawab sambil kakinya terus melangkah perlahan,mengekori sekumpulan remaja yang baru sahaja menyebabkan dia kerugian lima puluh ringgit.
0 bUdak cOmeL bERucaP :
Catat Ulasan