Barangan
tiruan dan pengguna.
Assalamualaikum
dan salam sejahtera
Mohon berdiskusi.
Barangan
tiruan? Apa itu barang tiruan? Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat,
barangan membawa erti benda atau perkhidmatan yang boleh diperjualbelikan.
Tiruan pula menurut kamus dewan dan edisi yang sama bererti hasil daripada
peniruan, sesuatu yang tidak asli atau tidak jati. Amnya, tanpa kamus dewan
sekalipun, sesiapa sahaja mampu menjustifikasikan apa itu barangan tiruan. Tapi,
berapa ramai yang tegar untuk kekal setia dan berdedikasi pada barangan asli
semata?
Benar,
terdapat berpuluh atau beratus atau mungkin tidak terhitung alas an yang ada
dalam kalangan penggunas untuk terus mengamalkan dan menggunakan barangan
tiruan dan antara kelebihan yang ada pada barang tiruan adalah harganya yang
jauh lebih murah tatkala persis sebuah kualiti itu hampir seiras mimik asli.
Namun, adakah kita boleh menafikan yang persis mirip itu sama sekali tidak
dapat mendefinisikan nilai kualiti yang sebenarnya sesuatu barangan tiruan itu
sendiri? Pengguna pada hari ini yang di kira sudah bijak dan mampu untuk
menilai isu isu semasa dengan bijak dan benar, seharusnya mampu untuk
membezakan antara baik buruk sesuatu barangan asli dan tiruan itu sendiri.
Pertama, berbalik kepada persoalan nilai. Ya, mungkin harga barangan tiruan
jauh lebih murah daripada barangan asli, namun adakah ia berbaloi jika perihal
kesihatan diri dan keluarga menjadi pertaruhan? Mengambil isu ubatan tiruan
sebagai contoh, ya ubat ubatan tiruan jauh lebih murah berbanding ubat asli, ubat
ubatan yang berdaftar. Namun, apa bezanya dengan tidak mengambil perskripsi
ubatan yang betul dengan mengambil ubat tiruan? Setidaknya jika tidak mengambil
sebarang ubatan, tiada ancaman kesihatan selain daripada ancaman sedia ada.
Namun, dengan pengambilan ubatan tiruan, pengguna bukan sahaja membahayakan
diri mereka dengan mengambil ubatan yang tidak di daftarkan malah mengambil
risiko dengan mengundang unsur unsur luar yang mungkin mampu menyebabkan
masalah kesihatan yang lebih kronik. Stigma masyarakat “ah, paling tidak aku
makan ubat” harus di kikis. Mereka harus sedar, benar makan ubat mampu mengubat
namun bukan semua jenis ubat mampu mengubat. Jika tidak kena dengan caranya,
lebih bahaya yang diundang selain menepis natijah asalnya untuk mengubati
penyakit.
Kedua,
antara alasan yang paling banyak di bahaskan oleh masyarakat pengguna pada hari
ini adalah menggunakan pepatah Melayu dahulu kala “ biar papa asal bergaya”.
Ya,
bergaya itu penting. Sedar atau tidak ia menunjukkan status kita dalam sosial masyarakat
pada hari ini. Pun begitu, apalah yang ada pada gaya itu sendiri jika barangan
yang di gayakan itu bukanlah barangan yang asli? Adakah menggunakan barangan
berjenama membuatkan pengguna kita merasa gah walhal barangan itu palsu?
Persepsi bahawa barangan berjenama itu sentiasa yang terbaik walaupun barangan
itu tiruan harus di kikis dari sanubari masyarakat kita agar fenomena tiruan
ini tidak terus berleluasa. Barangan berjenama tidak mendefinisikan seseorang
itu sebagai bergaya, atau “up to date”, tidak. Ada juga sesetengah barangan
berjenama yang di kecam dalam dunia peragaan. Menurut pandangan saya, berjenama itu harus
wujud melalui personality seseorang, cara beliau membawa diri dalam masyarakat,
nilai nilai yang di bawa dalam dirinya yang menjadikan seseorang itu penuh gaya
dan karisma. Bukan memandang kepada status jenama pakaiannya, jika pakaian yang
dijadikan isu di sini. Tambahan pula, sejujurnya saya tidak bersetuju dengan
peribahasa “biar papa asalkan bergaya”. Sebagai warga Negara sebuah negara yang
merdeka, kita seharusnya jujur dalam menjustifikasikan siapa kita. Tidak perlu
untuk menunjukkan kepada dunia bahawa kita mampu untuk penting menurut saya,
dan jika kita ingin mempunyai barangan berjenama maka berusahalah untuk mendapatkannya. Terdapat banyak peluang
rezeki yang d berikan kepada umum, menanti masa untuk di rebut yang sudi
sahaja.
Ketiga,selain
menjejaskan diri budaya barangan tiruan
ini juga mampu menjejaskan ekonomi negara secara senyap. Bagaimana mungkin? Kami
mengeluarkan wang untuk membeli barangan, meski barang tiruan. Bagaimana
mungkin ekonomi negara terjejas? Ya, oleh kerana itu saya menjustifikasikan
perihal ini sebagai secara senyap. Benar, membeli barangan itu menyebabkan
pengguna mengeluarkan wang namun sedarkan kita ke mana wang itu di salurkan? Hasil
daripada pembelian barangan tiruan itu secara manya akan di salurkan kepada
individu individu yang tidak bertanggungjawab yang menjadi dalang kepada
aktiviti lancung ini dan sekaligus mendatangkan kerugian kepada pihak pihak
yang menghasilkan barangan asli. Sedang pengusaha barangan asli ini membayar
cukai dan mengeluarkan modal berjuta untuk memberikan yang terbaik kepada
pengguna namun hapus di tangan pengusaha tiruan. Bukan sahaja nama mereka di
jual sewenang wenangnya malah hasil keuntungan mereka di rampas sebegitu
sahaja. Hak mereka di perkotak katikkan dan jika kita adalah antara insane yang
menyumbang kepad aktiviti tiruan ini, kita juga turut berkomplot sama dalam
skema penipuan yang besar ini; dan secara tidak langsung, kita menyumbang
kepada kemerosotan ekonomi negara. Cuba bayangkan jika anda yang di perlakukan
sedemikian rupa, apa yang anda rasa? Ya, dunia ini bulat, usai kita di atas
bukan untuk selamanya. Akan tiba masanya kita di bawah; atau secara mudahnya,
jika tidak mahu kita di perlakukan sedemikian, jangan melakukannya kepada insan
lain. Hargai lah barangan asli.
Akhir
sekali, terima kasih kerana sudi membaca dan adios.. J
p/s
: habis idea dah.
16 bUdak cOmeL bERucaP :
dah cantik entri awk cuma letak beberapa keping gambar sbg contoh barangan tiruan dan asli ...
@PORUMAN insyaallah.. akan di tambah baik dari semasa ke semasa.. tengah cari gambar yang sesuai untuk di letakkan sekali.. :) TQ for sharing.. :D
Hehehe ... Ok je ..
tulisannya bagus,tapi bagus di kasih gambar dan beberapa ciri2 lansung barang tiruan dari gambar
mybet188
Sepak bola dan Informasi Online
winnerkick
newsgoals
OnliveScore
@AgenBola855 okay! noted!!! hehehe.. :))
please follow back sis. http://subhanagung.net
@Subhan Agung sudah sayang.. :)
thanks sebab follow btw.. :)
momoy memang anti org yg pakai barangan tiruan . tambah lagi handbag. urm... pakai brand biasa saja kalau tak mampu beli LV ke coach ke apa.
@.::: Princess MOMOY :::. kann.. kalau barang tiruan macam beg tangan tu okay lh lagi.. sekurang2nya dia hnya mencuri ciplak hak orang.. tapi kalau barang cam ubat, kosmetik ke.. bahaya kan.. huhuhu..
Blogwalking di pagi hari.
Salam kenal ya
momoy paling anti org pakai barang fake ni
kalau semua boikot brg tiruan, xkn jalanlah bisnes fake product ni..kene bersatu la semua sebagai pengguna :)
@Erwan Setiawan salam ukhuwah.. :))
@Cik Tanpa Nama betul.. tapi memandangkan berapa juta pengguna yang ada kan.. *kalau ambil kira kat Malaysia sahaja* tak termasuk seluruh dunia.. agak susah kan.. tapi.. kalau semua slow2 untuk adapt menda ni pasti boley kan.. hehe
penah kena tipu,tunjuk barang ori,bila beli dpt yg tiruan...adoiii! huhu..
@Ali and TheBlogg kurang ajar gila! huhuhu.. pastu? report polis tak? hoho.. actually pernah jugak kena.. dulu2.. huuhuhu.. geram gila... :(
sampai sekarang takleh lupa..
Catat Ulasan