Barangan Tiruan dan Pengguna.


Barangan tiruan dan pengguna.

Assalamualaikum dan salam sejahtera
 Mohon berdiskusi.
Barangan tiruan? Apa itu barang tiruan? Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, barangan membawa erti benda atau perkhidmatan yang boleh diperjualbelikan. Tiruan pula menurut kamus dewan dan edisi yang sama bererti hasil daripada peniruan, sesuatu yang tidak asli atau tidak jati. Amnya, tanpa kamus dewan sekalipun, sesiapa sahaja mampu menjustifikasikan apa itu barangan tiruan. Tapi, berapa ramai yang tegar untuk kekal setia dan berdedikasi pada barangan asli semata?

Benar, terdapat berpuluh atau beratus atau mungkin tidak terhitung alas an yang ada dalam kalangan penggunas untuk terus mengamalkan dan menggunakan barangan tiruan dan antara kelebihan yang ada pada barang tiruan adalah harganya yang jauh lebih murah tatkala persis sebuah kualiti itu hampir seiras mimik asli. Namun, adakah kita boleh menafikan yang persis mirip itu sama sekali tidak dapat mendefinisikan nilai kualiti yang sebenarnya sesuatu barangan tiruan itu sendiri? Pengguna pada hari ini yang di kira sudah bijak dan mampu untuk menilai isu isu semasa dengan bijak dan benar, seharusnya mampu untuk membezakan antara baik buruk sesuatu barangan asli dan tiruan itu sendiri. Pertama, berbalik kepada persoalan nilai. Ya, mungkin harga barangan tiruan jauh lebih murah daripada barangan asli, namun adakah ia berbaloi jika perihal kesihatan diri dan keluarga menjadi pertaruhan? Mengambil isu ubatan tiruan sebagai contoh, ya ubat ubatan tiruan jauh lebih murah berbanding ubat asli, ubat ubatan yang berdaftar. Namun, apa bezanya dengan tidak mengambil perskripsi ubatan yang betul dengan mengambil ubat tiruan? Setidaknya jika tidak mengambil sebarang ubatan, tiada ancaman kesihatan selain daripada ancaman sedia ada. Namun, dengan pengambilan ubatan tiruan, pengguna bukan sahaja membahayakan diri mereka dengan mengambil ubatan yang tidak di daftarkan malah mengambil risiko dengan mengundang unsur unsur luar yang mungkin mampu menyebabkan masalah kesihatan yang lebih kronik. Stigma masyarakat “ah, paling tidak aku makan ubat” harus di kikis. Mereka harus sedar, benar makan ubat mampu mengubat namun bukan semua jenis ubat mampu mengubat. Jika tidak kena dengan caranya, lebih bahaya yang diundang selain menepis natijah asalnya untuk mengubati penyakit.

Kedua, antara alasan yang paling banyak di bahaskan oleh masyarakat pengguna pada hari ini adalah menggunakan pepatah Melayu dahulu kala “ biar papa asal bergaya”.
Ya, bergaya itu penting. Sedar atau tidak ia menunjukkan status kita dalam sosial masyarakat pada hari ini. Pun begitu, apalah yang ada pada gaya itu sendiri jika barangan yang di gayakan itu bukanlah barangan yang asli? Adakah menggunakan barangan berjenama membuatkan pengguna kita merasa gah walhal barangan itu palsu? Persepsi bahawa barangan berjenama itu sentiasa yang terbaik walaupun barangan itu tiruan harus di kikis dari sanubari masyarakat kita agar fenomena tiruan ini tidak terus berleluasa. Barangan berjenama tidak mendefinisikan seseorang itu sebagai bergaya, atau “up to date”, tidak. Ada juga sesetengah barangan berjenama yang di kecam dalam dunia peragaan.  Menurut pandangan saya, berjenama itu harus wujud melalui personality seseorang, cara beliau membawa diri dalam masyarakat, nilai nilai yang di bawa dalam dirinya yang menjadikan seseorang itu penuh gaya dan karisma. Bukan memandang kepada status jenama pakaiannya, jika pakaian yang dijadikan isu di sini. Tambahan pula, sejujurnya saya tidak bersetuju dengan peribahasa “biar papa asalkan bergaya”. Sebagai warga Negara sebuah negara yang merdeka, kita seharusnya jujur dalam menjustifikasikan siapa kita. Tidak perlu untuk menunjukkan kepada dunia bahawa kita mampu untuk penting menurut saya, dan jika kita ingin mempunyai barangan berjenama maka berusahalah  untuk mendapatkannya. Terdapat banyak peluang rezeki yang d berikan kepada umum, menanti masa untuk di rebut yang sudi sahaja.

Ketiga,selain menjejaskan diri budaya  barangan tiruan ini juga mampu menjejaskan ekonomi negara secara senyap. Bagaimana mungkin? Kami mengeluarkan wang untuk membeli barangan, meski barang tiruan. Bagaimana mungkin ekonomi negara terjejas? Ya, oleh kerana itu saya menjustifikasikan perihal ini sebagai secara senyap. Benar, membeli barangan itu menyebabkan pengguna mengeluarkan wang namun sedarkan kita ke mana wang itu di salurkan? Hasil daripada pembelian barangan tiruan itu secara manya akan di salurkan kepada individu individu yang tidak bertanggungjawab yang menjadi dalang kepada aktiviti lancung ini dan sekaligus mendatangkan kerugian kepada pihak pihak yang menghasilkan barangan asli. Sedang pengusaha barangan asli ini membayar cukai dan mengeluarkan modal berjuta untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna namun hapus di tangan pengusaha tiruan. Bukan sahaja nama mereka di jual sewenang wenangnya malah hasil keuntungan mereka di rampas sebegitu sahaja. Hak mereka di perkotak katikkan dan jika kita adalah antara insane yang menyumbang kepad aktiviti tiruan ini, kita juga turut berkomplot sama dalam skema penipuan yang besar ini; dan secara tidak langsung, kita menyumbang kepada kemerosotan ekonomi negara. Cuba bayangkan jika anda yang di perlakukan sedemikian rupa, apa yang anda rasa? Ya, dunia ini bulat, usai kita di atas bukan untuk selamanya. Akan tiba masanya kita di bawah; atau secara mudahnya, jika tidak mahu kita di perlakukan sedemikian, jangan melakukannya kepada insan lain. Hargai lah barangan asli.

Akhir sekali, terima kasih kerana sudi membaca dan adios.. J

p/s : habis idea dah. 

Suke tak?? KaLau suKe Like dan KomenLah yer? ^_^

16 bUdak cOmeL bERucaP :

Vidic berkata...

dah cantik entri awk cuma letak beberapa keping gambar sbg contoh barangan tiruan dan asli ...

mAy Lee berkata...

@PORUMAN insyaallah.. akan di tambah baik dari semasa ke semasa.. tengah cari gambar yang sesuai untuk di letakkan sekali.. :) TQ for sharing.. :D

Vidic berkata...

Hehehe ... Ok je ..

AgenBola855 berkata...

tulisannya bagus,tapi bagus di kasih gambar dan beberapa ciri2 lansung barang tiruan dari gambar

mybet188
Sepak bola dan Informasi Online
winnerkick
newsgoals
OnliveScore

mAy Lee berkata...

@AgenBola855 okay! noted!!! hehehe.. :))

Unknown berkata...

please follow back sis. http://subhanagung.net

mAy Lee berkata...

@Subhan Agung sudah sayang.. :)
thanks sebab follow btw.. :)

.::: Princess MOMOY :::. berkata...

momoy memang anti org yg pakai barangan tiruan . tambah lagi handbag. urm... pakai brand biasa saja kalau tak mampu beli LV ke coach ke apa.

mAy Lee berkata...

@.::: Princess MOMOY :::. kann.. kalau barang tiruan macam beg tangan tu okay lh lagi.. sekurang2nya dia hnya mencuri ciplak hak orang.. tapi kalau barang cam ubat, kosmetik ke.. bahaya kan.. huhuhu..

Erwan Setiawan berkata...

Blogwalking di pagi hari.
Salam kenal ya

.::: Princess MOMOY :::. berkata...

momoy paling anti org pakai barang fake ni

Cik Tanpa Nama berkata...

kalau semua boikot brg tiruan, xkn jalanlah bisnes fake product ni..kene bersatu la semua sebagai pengguna :)

mAy Lee berkata...

@Erwan Setiawan salam ukhuwah.. :))

mAy Lee berkata...

@Cik Tanpa Nama betul.. tapi memandangkan berapa juta pengguna yang ada kan.. *kalau ambil kira kat Malaysia sahaja* tak termasuk seluruh dunia.. agak susah kan.. tapi.. kalau semua slow2 untuk adapt menda ni pasti boley kan.. hehe

Abang Rambo berkata...

penah kena tipu,tunjuk barang ori,bila beli dpt yg tiruan...adoiii! huhu..

mAy Lee berkata...

@Ali and TheBlogg kurang ajar gila! huhuhu.. pastu? report polis tak? hoho.. actually pernah jugak kena.. dulu2.. huuhuhu.. geram gila... :(
sampai sekarang takleh lupa..