aku? part one

aku??
nama aku Malia.. aku sensitif kalau orang salah eja nama aku.. bukan Marlia.. bukan Maliya.. tapi Malia okay? Aku garang.. tapi aku susah nak marah.. aku mudah terasa tapi aku jarang nak marah2. Limit aku tiga kali.. Kalau aku da kata jangan sekali.. jangan wat lagi pastu.. jangan kali kedua amaran keras.. sila tolong betol2 jangan wat lagi.. jangan kali ketiga kalau tak dengar juga aku berani jamin sakitlah orang yang tak mendengar kata aku tu..
aku.... jenis yang tak amek kesah.. kau nak buat apa pon buatlah.. asal tak memburuk-burukkan aku.. kau nak buat apa pon buatlah.. asal tak sakitkan orang yang aku sayang. asal kau tak cari pasal ngan aku, kau buatlah ape pon, aku tak amek peduli. aku banyak cakap.. lagi tertekan aku pada masa tu lagi banyak aku bercakap.. aku suka berkhayal.. fantasi aku sangat tinggi. Sampai tahap sekarang umur aku 20 nih.. aku ade hampir 8 cerita yang aku da imagine dalam kepala sejak aku umur awal belasan tahun dan aku masih berangan untuk buat semua tu jadi novel. Orang yang minat cerita cinta sadis2 melayu mungkin tak akan suka cerita aku.. Tapi kalau orang suka adventure, misteri, magis dan fantasi, mungkin orang tu akan jadi pembaca setia novel aku nanti.. aku mudah menangis.. yang mana bukti lagi yang aku sorang sensitif. tapi aku suka cover.. selagi aku mampu aku akan tahan. Bagi aku menangis depan orang tu memalukan. Jatuh saham. Konon.. Macam lah aku ada saham sangat kan.. Ahaks~
Kalau aku malu.. muka aku akan jadi merah.. merah giler.. walaupon aku da cube kontrol memang merah tu akan menjadi bukti aku malu.. Bila aku da sampai tahap malu maksima, aku akan buat benda2 yang akan memalukan aku dengan lebih teruk lagi.
Aku tak suka bercakap bila dalam kelompok yang ramai.. aku lagi suka mendengar dan memerhati. Pemerhatian aku tu wat aku boleh detect seseorang tu manusia jenis apa. Aku suka perhati gelagat orang. Macam2 jenis. Kadang2 walau orang tu tak bercakap ngan aku tapi sebab aku pasang telinga dengar, aku akan gelak sorang2 kalau orang tu cakap benda kelakar. aku gila? aku memang gila. Aku rasa aku tak pernah berfikir secara normal. Aku malas. aku yakin yang tu. aku malas depan orang. aku hanya boleh rajin bila aku dengan diri aku sendiri jer. aku nokturnal. aku tido lewat malam.. bangun seawal2nya 9pagi. aku suka mandi.. tapi aku tak suka mandi banyak kali. aku mandi kejap jer.. kecuali dalam kes2 tertentu.
aku boley gelak3 giler2 pastu tiba2 moody. (GILA)
Aku tak suka orang yang emo.. orang yang takleh paham lawak aku.. orang yang tak leh paham jiwa aku..
aku tak suka orang yang selalu fikir negatif.. aku tak suka orang yang susah buat keputusan..
"Ehh,, nak ke tak eyh.. nak makan ke tak ni.. nak tapi kenyang.. eyy... nak order ke tak ni.. " memang.. pantang betol makhluk yang cam ni.. membuang masa aku..
aku tak suka dipaksa.. tapi aku tak biasa wat kerja kalau tak disuruh.. aku suka bercerita. bukak satu topik yang aku suka.. aku boleh bercerita berjam2 tentang benda yang sama.. ( kalau orang yang mendengar bagi respons yang baik.)
aku suka mendengar.. aku boleh jadi pendengar yang baik.. aku boleh bagi nasihat dan pandangan yang bagus.. ala ala kauselor gitu.. tapi bila masuk bab masalah aku sendiri. aku sendiri susah nak coop..
makan? aku suka makan.. bagi lah apa je kat aku.. asal aku boleh hadam rasanya.. aku akan suka mende alah tu.. aku makan banyak.. tapi aku malu nak makan banyak depan orang.. aku rela lapar sebab tu.. hohoho.. tp kalau aku lapar gila aku takkan peduli dah..
bila aku lapar sangat.. tangan aku akan menggigil.. badan aku rase seram sejuk.. dan aku ada kecenderungan untuk kurang bercakap. kadang2 aku rasa cam nak muntah..
aku ada masalah low blood pressure.. aku tak boleh tak cukup tido ngan makan tak teratur.. aku selalu kene marah ngan doktor sebab aku tak dengar cakap dorang suruh jaga makan ngan tido.. aku tak puas hati ngn berat ngn bentuk badan aku.. aku nak kurus lagi.. seboleh2 nya.. aku nak 50kg je.. sekarang berat aku... biarlah rahsia.. :P
aku berangan nak jadi pilot.. aku nak bawak kapal terbang merantau serata dunia.. sebab aku nk jadi pilot.. aku nak kenal seluruh dunia.. dan aku nak kenal tu bukan di seat penumpang.. tp di seat driver. tapi aku tak sure aku boleh capai cita2 tu atau tak.. tapi aku memang pasang niat.. lambat atau vepat,, aku pasti akan dapatkan lesen pilot tuh..
aku boleh tahan ngan panas. serius.. tapi aku tak tahan ngan sejuk..kalau terlalu sejuk.. jari tgn ngn kaki aku akan start jd merah.. ruam.. gatal.. pastu kuar bintat2 macam kene gigit nyamuk..
sepanjang hidup aku.. aku penah menangis utk tiga orang jer..
mak, ayah, n arwah tok abah.. pastu putih,, kucing aku yang baru je wafat dalam bulan jun thun ni.. :'(
putih tu kucing yang aku bela sejak aku sekolah rendah lagi.. dalam umo aku 8 tahun camtu lah.. walau camne tua pon putih, garang, suka cakar aku bagai.. takde kucing yang boleh ganti dia dalam hidup aku.. putih sentiasa jadi kucing yang paling aku sayang.. ok.. aku da pening kepala.. pukul 2 pagi tak tido agi.. hew3.. selamat malam.. love u.. nanti aku sambung lagi cerita sal aku okay? ahaks~
Assalamualaikum..
Adios..
Suke tak?? KaLau suKe Like dan KomenLah yer? ^_^

1 bUdak cOmeL bERucaP :

sHiMi sHinHae~ berkata...

salam ukhuwah :)
follow sini