10 perkara yang blogger patut tahu

Assalamualaikum.. Sebenarnya ada banyak lagi perkara yang blogger perlu tahu.. Terutamanya kepada newbies blogger.. tak kira lah di platform mana sekali pun anda berada.. Blogger, Wordpress, domain sndiri atau orang lain, apa - apa sahaja. Asasnya sama.. Tapi apa yang saya nak share hari ini sepuluh jer.. Insyaallah.. ada manfaat kepada semua.. :)

Pertama : Amnya, bukan mudah nak bergelar blogger
Mungkin ada yang menganggap berbloging tu satu trend yang popular dan mampu membuatkan anda nampak cool dan hebat di mata teman2.. Tapi realitinya, tidak semudah itu. Ketahuilah terdapat banyak tanggungjawab yang teramanah dibahu seorang blogger. Jika dia menyonsangkan pembacanya, maka buruklah akibatnya.

Kedua : 24jam itu tidak cukup
Ya, lebih2 lagi jika anda seorang blogger yang mempunyai kerjaya tetp dan berblogging hanya lah sebagai mengisi masa lapang.. Lapang? Anda mungkin tidak mempunyai masa lapang jika anda menceburi dunia blogging. Rakan2 enak menikmati mimpi di malam hari; anda pula, terpaksa berjaga malam demi menjaga blog kesayangan anda dari dicemari lalang dan semak samun.. (update post)
Anda juga akan merasa tertekan kadang2 tatkala memikirkan pilihan sama ada ingin terus di alam siber atau di dunia realiti.. Kesimpulannya, 24jam itu tidak cukup dalam hidup.


Ketiga : Berblogging mudah jana pendapatan? Salah.
Betul jika anda berusaha lebih. Ya, salah jika anda malas. Mana2 pekerjaan dalam dunia sekalipun memerlukan usaha dan dedikasi. Tidak ada kerja yang mampu mendatangkan pendapatan dengan hanya menggoyang kaki dirumah. Sedangkan makan nasi pon memerlukan anda untuk melakukan beberapa pergerakan yang memerlukan tenaga sebelom nasik sampai ke mulut, apatah lagi berblog? Anda fikir wang akan masuk dengan hanya anda mempunyai blog? Salah. Dan jika anda sudah target untuk menjadikan blogging sebagai sumber pendapatan, anda harus berfikir semula.. Melainkan anda merupakan seorang pakar yang mampu membuat orang ramai terpaku dengan hanya satu entry yang anda buat, ya.. Fikirlah banyak kali.. 

Keempat : Kekangan internet
Melainkan keluarga anda memasang streamix kat rumah, anda memang bermasalah besar untuk melibatkan diri dalam dunia blogging. Ya, memang ada auto post, memang boleh guna cc(ciber cafe), tapi bayangkan.. takkan setiap kali nak update entry anda nak ke sana? Dah tu, kalau anda pakai broadband plak.. Toksah dok sempang kencang lah habaq broadband hangpa laju.. Kalau dah abis bandwidth tu lembab jugak jadinya.. Nak post satu entry pon amek masa satu hari, camna ni? Laptop pon nak rehat jugak kan? Takkan nak bagi depa dok celik ja 24jam.. Tak sampai sebulan habis tinggal habuk.. 

Kelima : Makan minum terabai @ makan minum berlebihan
Ya... cakap laa apa pon, saya taw kalau dah mengadap laptop ni, memang.. kalau dari matahari terbit sampai matahari terbenam pon tak sedaq lagi kan? Mak panggil makan, haram nak pegi.. Nak jugak tunggu mak bawak gi kat anda sebab risau anda tak makan (konon) patu mulalah makan berlebihan.. kann?? tak pon memang ada spesis yang memang tak makan terus satu hari.. Khusyuk nyer berblogging lah katakan.. Entry nye simple jer.. WORDLESS WEDNESDAY.. tapi nak cari point untuk tu.. godek blog orang, usha blog abang hensem.. layan youtube jap cara picit jerawat, 4shared jap tengok lagu yang masyuk ngan mood, bla bla bla bla bla.. Daa,, satu hari habis gitu je kan..

Keenam : Boleh sampai hilang kawan
Betoi.. Ada setengah.. Setengah laa.. tak semua.. Half daripada kami2 yang dok blogger ni.. Ada laa makhluk2 yang gembira kann dok ngadu sal hidup dia dalam blog ni.. Citer la.. entry hari senin, " aku makan goreng pisang ngan Tijah"
Entry hari selasa, " Aku kena belanja Tijah lagi, :( "
Entry hari RAbu, " Tjiah ni,, tak muak ke makan goreng pisang hah?"
Entry hari Khamis " Fed up ngan Tijah "
Entry hari Jumaat " Benci Tijah"
Tup2 si Tijah tu dok godek2 tenet, jumpa lah blog si Minah ni yang dok tulis sal dia.. siap kutuk2 lagi ngan kawan2 blog dye.. ape lagi.. entry hari Ahad, " aku dan Tijah putus kawan!" =,=''?
(sekadar contoh)

Ketujuh : Hidup ala - ala retis gitu~
Well,, kalau dah pandai berblog kan, ramailah follower, sini org follow,, sana orang follow.. sana tanya gi mana, sini tanya da makan blom, yang tak cantik on jadi cantik.. yang tak cun pon nampak cun.. hanya sebab kebolehan dye berkata2.. kann.. mula2 memang seronok.. enjoy.. sapa yang tak suka dapat perhatian kan.. lama2 rimas.. ye lah.. kadang2 sampai nak melabur pon tak senang.. sebok jer dok tweet ni dalam pencicit tanya hang "dok wat pa, tak update blog ka? xsabaq nak baca entry baru hang.. <3"
kepala hotak hang, aku dok melabuq kot nih.. nak update apanya..



Kelapan : Sort of nerd
Ya, kenapa? Kalau nerd takleh nak pisah ngan buku..Haaahhh.. kaki blogger nih pulak dye memang takleh nak dipisahkan dari lappi.. Kalau da terpisah, mak aih.. Rasa macam dunia da nak kiamat.. =,=''
Betoi.. aku rasa tu hangpa taw.. takda laptop takleh hidup.. Biaq aku jarang update entry, setidak2nya aku nak jugak bukak muka buku tu..tengok pa yang ada.. boring macam mana pon mende alah tu,, tetap rasa nak bukak.. tak bukak sehari tak bermakna hidupku!! Jadi manusia2 blogger ni memang susah nak berkawan sebab nak kene ada lappi jer.. Kalau nak berkawan dengan dia dalam muka buku tak pon pencicit memang dia laju.. No 1 uihh.. tapi kalau kat luaq.. huh.. harap je lah.. sibuk ngan mataair(laptop).

Kesembilan : Lupa diri nanti
Yalah.. da femes kan.. ada orang ikut kiri kanan, lupa diri.. tak ingat tu dulu dia sekolah kokdiang kot..anak orang kampung jak.. da femes, da lupa diri.. haih.. tambah2 plak kalau pandai wat duit sambil2 dok berblog tu.. Aduh,,berat naknang.. memang tak semua gitu, tapi kemungkinan untuk jadi tu besaq.. so.. sebelom nak jadi blogger tu.. istiqarah lah banyak2.. mintak pentunjuk Allah dlu betoi ke tak jalan ini untuk hangpa.. aku tak kata semua okay? Setengah..

Kesepuluh : Semua yang diatas hanyalah pandangan aku semata-mata.. Takda kaitan antara yang hidup ataupun yang da meninggal dunia.. Kalau hangpa rasa camtu jugak.. hangpa satu kepala la ngan aku.. Kalau hangpa tak rasa cam tu pon, aku takleh nak wat pa ar.. takleh nak paksa2 orang ni..pe2 hal, trima kasih sebab sudi baca.. :3

p/s : Perasan menaip sleng kedah kot.. lupa diri leteww.. :p
        Adios~ 

Suke tak?? KaLau suKe Like dan KomenLah yer? ^_^

3 bUdak cOmeL bERucaP :

AZRUL AZMI berkata...

very good.. nice blog...

follow u!!!

follow me:

http://aazzrruull.blogspot.com

CikMunBlogger berkata...

hehe . tapi boleh jadi jugakk tu ! :D

nice info . :)

saifulizan shaari berkata...

betul sgt tu......bila dah ada blog nie dok na jaga dia jer....penat

i follow u.
http://conteng2kreatif.blogspot.com/