Hujan yang mencurah dari langit pencipta sudah tidak menghiraukan dia yang masih lagi kaku di situ. Dibiarkan sahaja dirinya di serang kedinginan malam, kesejukan air jernih yang menimpa tubuh lelakinya itu tidak sesejuk yang di rasakan oleh hati kecilnya. Dia masih lagi kaku di situ; matanya di pejam rapat. Kenapa dia tidak mati sahaja? Kenapa berikan dia keluarga, kenapa berikan dia peluang untuk meraih kasih sayang, kenapa berikan dia rasa cinta itu, kenapa berikan dia hidup; jika hidupnya mahu di rampas kembali saat harapannya semakin mekar di kalbu.Dia kecewa dengan dirinya sendiri. Kecewa dengan asal usulnya. Kecewa dengan nasibnya. Dia kecewa namun dia tidak menyesal. Walaupun hatinya di toreh bak sembilu, jiwanya tetap menguntum dengan masa lalunya. Tapi, hempedu yang perlu di telan itu tidak mudah. Apa lagi jika dia harus berdiri sendiri.
Dia tiada sesiapa yang bisa dia kongsikn dukanya. Dia tidak punyai siapa - siapa yang mampu merawatnya. Sakit yang menusuk di dadanya menarik tangannya lemah; perlahan-lahan dia membuka matanya, menyedari ada manik jernih yang mengalir hangat di pipinya, kemudian hilang bercampur dengan kesejukan titisan hujan. Perlahan dia mendongak, memandang ke arah rumah besar yang tersegam indah di hadapannya. Sampai bila dia mahu di situ? Tidak adakah yang akan menyedari akan kehadirannya? Jari jemarinya sudah membeku kini. Dia tidak pasti apa yang harus di lakukannya. Insan yang di cari - cari selama ini, hanya berada beberapa langkah darinya. Adakah dia akan di cerca seperti dulu? Atau lebih dalam lagi, bagaimana harus dia menyatakan perkara itu kepada mereka.
Dia perlukan abangnya, dia sangat memerlukan mereka. Jika tidak kerana hal itu, pasti dia akan membiarkan sahaja mereka dengan hidup mereka.
"Encik cari siapa?" suara yang menegurnya mengejutkan anak muda itu daripada khayalannya. Seorang pengawal yang segak penampilannya berdiri betul - betul di hadapannya bersama payung. Wajah pengawal itu di tenungnya dalam. Hatinya bersahut tapi bibirnya kaku. Dia tidak mampu untuk menjawab. Sakit di dadanya bertambah - tambah, menusuk dan meresahkan bak jarum seribu. Pandangannya semakin kelam tatkala dia mendengar pengawal itu mengulangi soalannya. Dan secara tiba - tiba sahaja, pandangannya kelam. Hanya hitam yang menemani derianya.
(Bersambung)
2 bUdak cOmeL bERucaP :
ok!hehe
ok jew?? kui8
Catat Ulasan