aku mAhu tErbanG DI aWAn biRu~




Mungkin aku sudah lama menyedari akan hakikatnya adalah begitu sukar sekali buat seorang anak gadis berjuang untuk terbang di awan biru. Namun, tiap kali pesawat yang gah itu melintas di langit malam, mengerdipkan cahaya merah jauh dari pandangan matanya; hati kecil anak gadis itu memberontak lagi. Dia benar2 ingin terbang di udara. Dia sudah lama mengimpikan itu. Gadis itu menyedari akan hakikatnya yang dia tidak akan pernah mampu untuk tenang seumur hidupnya jika dia menyerah sebelum berusaha. Walaupun ada tikanya hatinya di kejar dek resah dan takut akan masa depan yang tidak menentu itu; walaupun ada tikanya hatinya di serang kegusaran akan kemungkinan yang bakal dia hadapi jika liku itu yang dia pilih untuk hidupnya; walaupun terkadang dia sendiri kurang pasti akan impiannya yang sebenar. Walau apa jua yang mengganggu pemikiran waras anak gadis itu, dia tetap mengimpikan kerjaya itu. Dia tetap merayu akan peluang itu pada takdir hiduppnya. Dia bukanlah pewaris harta warisan yang bertimbun walaupun hayatnya bergelar satu - satunya anak muda pewaris legasi bonda dan ayahandanya. Dan mungkin kerana hal itu jua lah, jiwa yang menciptakan rasa dan keinginan anak gadis itu semakin memberontak untuk menggapai awan yang membirukan langit ciptaan Penciptanya yang Maha Kuasa. Saat anak gadis itu mendongak ke langit, dia pasti akan cita2 nya. Dan sesaat anak gadis itu kembali merenung ke bumi, hatinya merintih pedih lagi mengenang kemungkinan citanya. Tapi saat ini, anak gadis itu di beri peluang untuk merealisasikan citanya. Dia di undang untuk memecah tradisi keluarga. Dia di panggil untuk merebut peluang itu. Walau saingannya jutaan anak muda lelaki yang jauh lebih perkasa dan gah darinya, Dia tidak ragu - ragu untuk merenggut peluang itu. Namun yang meragukan hatinya adalah kemungkinan itu. Dia tidak pasti apa yang harus dia lakukan agar peluang itu tidak berlalu pasti. Walau banyak yang memberi dorongan dan harapan kepadanya, tapi dia sedar dorongan dan harapan itu hanya mampu mengimbuhkan semangat dan cita dalam dirinya memang sudah sedia ada dalam hatinya. Tangannya sejuk membeku mendengarkan khabar itu. Degup jantungnya berdebar menanti peluang itu mendekati dirinya. Tidak! Patinya dia tidak akan membenarkan ia berlalu tanpa bukti yang kukuh.Ya, apa bezanya jika dia seorang perempuan? Lelaki dan perempuan duduk sama rendah berdiri sama tinggi pada hari ini. Ya! Perbezaan itu tidak akan sekali - kali menggugat harapannya! Biar apa pun yang terjadi, dia mahu! Dia ingin terbang bebas di angkasa! Ya! Dia yakin! Yakknlah dengan dirimu sendiri wahai si gadis~ Yakinlah, tekadkan azammu,bulatkan citamu.
Ya! Kau pasti akan menggapai awan biru itu. Aku pasti kau akan terbang jua, suatu hari nanti. Cepat atau lambat. Yakinlah si gadis! Yakinlah! Aku pasti akan terbang di awan biru ciptaan Tuhanku.. Doakanlah kejayaanku wahai teman. Amin~

Suke tak?? KaLau suKe Like dan KomenLah yer? ^_^

0 bUdak cOmeL bERucaP :