sEcara amnya,setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan pada tenaga alam yang mana boleh di ukur melalui perubahan warna alam.
Fenomena perubahan warna alam ini adalah sesuatu yang tidak asing lagi buat insan-insan yang menceburi bidang fotografi,kan?
Waktu Subuh
Pada waktu subuh,alam berada pada spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang banyak mempengaruhi sistem metabolisma tubuh badan manusia.
Jadi,warna biru muda ataupun waktu subuh membawa banyak rahsia yang berkaitan dengan penawar, rezeki ataupun komunikasi.
Mereka yang kerap kali tertinggal solat subuhnya ataupun lewat secara berulang-ulang kali,lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
ini kerana tenaga alam iaitu warna biru muda tidak dapat di serap oleh tiroid yang mesti berada dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan masa dan ruang) atau secara mudahnya seseorang manusia itu berada dalam keadaan sedar ataupun jaga daripada tidur.
dIsini juga dapat kita simpulkan manfaat di syariatkan supaya solat di awal waktu.
Bermula sahaja azan subuh,tenaga alam sudahpun berada pada tahap optimum.
tenaga inilah yang akan di serap oleh tubuh ketika rukuk dan sujud melalui konsep resonan.
Jadi mereka yang terlewat sebenarnya sudah tidak mendapat tenaga ooptimum.
waktu zohor
warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq dan Dhuha) dan kemudiannya warna kuning yang menandakan masuknya waktu zohor.
Spektrum warna ini berkaitan dengan frekuensi perut dan hati yang berkait rapat dengan sistem penghadaman.
warna ini juga mempunyai kaitannya dengan keceriaan.
oleh itu,boleh di simpulkan bahawa orang-orang yang kerap kali tertinggal solat zohor ataupun menunaikan solat zohor lewat secara beulang-ulang kali lambat laun akan mengalami masalah penghadaman dan hilang keceriaannya.
Logiknya,orang yang sakit perut ceria ke tidak?? kan3??
waktu Asar
kemudian warna alam akan bertukar kepada warna oren iaitu pada ketika waktu asar menjelang, spektrum warna pada ketika ini bersamaaan dengan frekuensi prostat,ovari, uterus dan testis yang melibatkan organ reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap kali tertinggal waktu ini lama kelamaan akan kehilangan daya kretivitinya dan lebih malang lagi jika jasad dan rohnya terpisah ataupun secara mudahnya,tidur laa.
dan jangan sesekali di lupakan,tenaga ini amat di perlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
waktu maghrib
menjelang waktu maghrib,alam mula berubah warna kepada merah dan kita sering dinasihatkan oleh orang-orang tua supaya tidak berada di luar rumah pada ketika ini.
seCara saintifiknya,pada ketika ini,alam yang berwarna merah menyerupai frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bererti iblis dan jin sangat kuat pada ketika ini kerana mereka resonan dengan alam.
mereka yang sedang dalam perjalanan juga di nasihatkan supaya berhenti dulu (untuk menunaikan solat) selain daripada terdapat banyak pembelauan yang berlaku lantas dengan mudahnya mampu untuk mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu maghrib ialah warna merah yang mana memberikan keyakinan, frekuensi pada otot saraf dan tulang.
waktu isyak
Apabila memasuki waktu isyak,alam mula berubah warna kepada indigo dan seterusnya bertukar memasuki fasa kegelapan.
waktu isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian dimana bersamaan dengan frekuensi sistem kawalan yang ada di dalam otak.
mereka yang sering ketinggalan waktu isyak akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya,inilah waktu tidur menurut Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil sebagai tidur delta dimana seluruh sistem tubuh berada dalam keadaan rehat yang menyeluruh.
Qiamullail
Selepas daripada tengah malam,alam mula bersinar kembali dengan warna putih ,merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal,pituitari, talamus dan hipotalamus.
tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini di panggil qiamullail.
Begitulah secara ringkasnya mengenai tenaga alam.
mAnusia kini sememangnya telahpun menyedari akan kepentingan tenaga alam;lantaran itu pelbagai kaedah meditasi telahpun dicipta dalam usaha untuk mendapatkan tenaga tersebut. Antarnya ialah tai chi,qi gong, yoga dan bermacam-macam lagi.
semuanya dicipta semata-mata untuk menyerap tenaga-tenaga ini kedalam sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam seharusnya bersyukur kerana telah di kurniakan syariat solat oleh Allah s.w.t. tanpa perlu kita memikirkan lagi cara-cara untuk menyerap tenaga alam ini.
Hakikatnya ini lah yang harus menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t telah mewajibkan solat ke atas hambaNya atas sifat pengasih dan penyanyangNya sebagai pencipta kerana dia tahu hambaNya amay memerlukanNya.
Adalah amat malang sekali bagi sekumpulan manusia yang sangat berdisiplin dalam menghadiri kelas tai chinya namun cuai dalam menjaga solat lima waktunya.
Renung2kanlah hai rakan-rakanku~
Assalamualaikum ^^,v
0 bUdak cOmeL bERucaP :
Catat Ulasan