kenapa marah,kawan~


salam sejahtera ke atasmu,pada sahabat2 serta teman2 yg sudi meluangkan masa untuk sekeping nukilanku. aku keliru tatkala memikirkan perasaanku sendiri. Apa yang tidak kena denganku? kenapa aku begini? Adakah aku sudah gila? tidak! aku yakin aku masih waras.. Namun hatiku tetap terusik dengan perkara ini. Bagaimana mampu aku merasa sebegitu marah? hatiku seolah-olah sudah dipam dengan api yang merah menyala,sehingga membuatkan diriku terbakar dalam tidak sedar.


sudah ku nyatakan teman,aku tidak menyukai engkau begitu. Aku tidak bermaksud untuk membencimu. Apatah lagi memutuskan tali persahabatan yang sudah lama kita jalin bersama. Aku tidak mahu ukhuwah ini berakhir di sini sahaja tatkala perjalanan yang bakal kita tempuhi masih lagi jauh dan penuh dengan ranjau berduri. Namun,aku tidak mengerti bagaimana kau bisa untuk tidak memahami maksud bicaraku? 


Kau tahu segalanya. Kau mengenaliku lebih daripada teman2 lain di sini. Engkau mengetahui segala-galanya tentang diriku. Tapi,engkau jualah yang paling tidak memahamiku. Sudahpun menjadi suatu penegetahuan buatmu,hatiku penuh dengan rasa marah itu. Namun kau sengaja mencurahkan minyak ke dalam api. Jujurnya,aku terluka. Aku bisa tidak mempedulikan kamu dan terus membiarkan kau hanyut dengan duniamu sendiri. Bisa! Jika itu yang aku mahu. Tapi aku enggan! KENAPA?? Kerana aku sahabatmu. Walaupun perkenalan kita tidaklah sebegitu lama,aku mahukan engkau berjaya. AKu tidak mahu kita menangisi kekesalan yang bersarang dalam jiwa seperti yang pernah kita rasai dahulu. Aku mahu engkau dan aku jadikan pengalaman silam,sejarah dan memori lalu yang pernah kita tawan bersama sebagai sebuah kenangan dan pengajaran untuk kita di masa hadapan. Dan masa hadapan itu adalah sekarang; aku ingin meminta maaf,teman. Buat masa sekarang,ku rasakan mungkin ada baiknya jika kita berjauhan buat seketika. Api kemarahan ini perlu aku padam terlebih dahulu. Perasaan kecewaku perlu aku tumpaskan sebelum aku bisa berhadapan denganmu lagi wahai teman. Teman,ampunkan aku jika bicaraku menikam kalbumu. Tiada niat dan keinginan dalam hatiku untuk sedemikian keadaan. Mengertilah aku sepenuhnya. TAtkala aku aka cuba untuk mengerti dirimu. Tetapi,biarlah kita begini terlebih dahulu. Aku akan biarkan engkau dengan duniamu dan aku akan berlayar dengan duniaku. Suatu masa nanti,pasti ada titik yang menghubungkaitkan perjuangan kita. Garisan takdir itu pasti bertemu jua akhirnya. Tapi,bIarkan segala-galanya begini terlebih dahulu.. bIArkan aku sendiri.. Insyaallah,kita akan sama-sama berjaya...

Suke tak?? KaLau suKe Like dan KomenLah yer? ^_^

0 bUdak cOmeL bERucaP :