L. o . V . e...

Cinta.. cinta itu luas pengertiannya. cinta itu universal. definisinya tiada yang tepat. masih tiada saintis yang dapat membuktikan kewujudan cinta itu dalam keadaan jisim yang jelas kelihatan di mata kasar. namun kita semua tahu... cinta itu ada. cinta ada dalam setiap jiwa yang bernama manusia. Cinta itu satu fitrah yang telah Yang Maha Kuasa lahirkan dalam sanubari setiap manusia. Cinta kepada-Nya.. Cinta kepada Rasul.. Cinta kepada agama.. cinta kepada kedua ibu bapa.. cinta kepada keluarga.. cinta kepada teman - teman,, adik beradik.. guru,haiwan,tumbuhan malah walaupun hanya sebatang pen.. semuanya tetap menzahirkan akan cinta yang ada dalam sanubari manusia.
Mencintai itu tidak mudah. mencintai itu tidak selalunya indah. Mencintai juga tidak selalunya bahagia. Jika kau katakan yang kau  mencintai nya, tahukah kau apa cinta itu? Cinta mungkin mudah meniti di bibir dan mudah mengalir di atas lidah.. Namun dalam sanubarimu,benarkah kau cintakan dia? apa yang kau sanggup lakukan deminya? apa Yang sanggup kau korbankan demi dia yang kau sayangi? Dia di sini bukanlah membawa erti bahawa hanya seorang lelaki asing buat kaum hawa dan seorang wanita buat seorang lelaki. Dia yang ku maksudkan meliputi segala-galanya. jika Dia yang ku nyatakan kau rujuk pada kedua orang tuamu,maka apa yang sanggup kau lakukan demi mereka? jika dia yang ku katakan kau ertikan sebagai Tuhanmu,apa yang sanggup kau korbankan demi Cinta yang Agung itu? apa?


             Benar lah teman, cinta tidak semudah yang kau jangka.. kerana cinta itu tiada zahirnya di mata kasar. cinta itu letaknya dalam hati.. cinta itu berseminya dalam jiwa.. cinta itu seni halus yang mungkin tidak dapat di zahirkan melalui kata - kata. Cinta itu sayang dan sayangnya melebihi daripada segala -galanya. Demi Cinta,segala -galanya mampu kau pertaruhkan. Cinta itu buta dan juga boleh membutakan. Cinta itu terlalu luas pengertiannya. Jiwa muda ini sentiasa bergolak untuk mengejar cinta sedangkan jiwa itu juga masih belum mengerti bicaranya cinta. Apa itu cinta? Bagaimana hendak aku menyintai? Adakah dengan menghadiahkan senyuman manis buat dia yang kau kata cinta itu adalah cinta? Pernahkah kau fikirkan semua ini? Pernahkah kau bercinta? Apa yang kau rasa saat dia mengatakan dia cinta kepadamu?  Dan apa pula rasamu tatkala dia melukakan hatimu? pAsti kau keliru. Kau gembira namun hati mu sakit.. kau sayang tapi kau benci. kau mahu tapi kau enggan .. kau keliru. kenapa? kerana kau tak mengerti apa itu cinta.
melafazkan tidak bererti ya.. bersama tidak semestinya cinta. cINta.. Luasnya Cinta itu....
                 Soalnya hati dan perasaan memang sukar untuk di ertikan.. tapi ia ada. dan yakinlah dengan nya. Jangan keliru lagi dan jangan teragak - agak lagi. Jika benar kau mencintai, buktikanlah yang kau memang mencintai. tapi awas! jangan sampai maruahmu tergadai. cinta itu luas namun ada batasnya. kau bercinta namun jangan benarkan cinta itu menghanyutkan dirimu. bIar cinta itu yang hanyut dalam dirimu. Turuti arusnya dan yakin dengan bicaranya. jika kau berani menyatakan cinta, jangan pula kau takut untuk menghadapinya.  Teman.... bercinta pada yang perlu dan pada yang betul.. jangan kau di butakan cinta.. cinta itu indah.. benar.. jika kau tahu membezakan cinta yang benar dan yang palsu.. Jangan terlalu pantas mentafsirkan cinta itu.. Masa itu sentiasa ada. bertenang dan jangan terburu - buru. yakinkan dulu hatimu tapi jangan terlalu mudah kau yakin. cinta yang sementara itu membuang masa. tidak kah kau fikir lebih baik kau mencari cinta yang sejati berbanding dengan cinta yang hanya bertahan untuk seminggu? cinta itu universal maka kau harus tahu mencari yang benar.. cinta lah pada yang patut kau cintai. cinta pada yang mencintaimu.. cinta pada yang sudi menerima kekurangan dan kelebihanmu. cinta pada yang setia denganmu.. cinta pada hati yang ikhlas.. cinta pada jiwa yang benar.. cinta pada yang berada pada tempatnya.. cinta pada kebenaran. cinta pada kejujuran dan cinta pada yang kau cintai. cinta pada yang kau sudi terima kelebihan dan kekurangannya. jangan memaksa dan jangan pula kau di paksa. cinta lah pada tempatnya.pentingkan cinta yang patut kau pentingkan.. dengan izin yang maha Kuasa,kau akan bertemu kebahagiaan. dengan izin yang maha kuasa juga,kau bisa merasai kemanisan cinta itu dengan cara yang benar. cinta pada Tuhan,cinta pada Rasul.. Cinta pada agama.. cinta pada kedua ibu dan bapa.. cinta kepada sanak saudara.. cinta kepada saudara sesama islam.. cinta pada ciptaan tuhanmu dan cinta pada insan yang patut kau cintai.. cinta indah dan cinta itu membahagiakan.. itu yang seharusnya.. jika kau tahu..
Suke tak?? KaLau suKe Like dan KomenLah yer? ^_^

0 bUdak cOmeL bERucaP :