Kenapa suka balik kampong


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Orang kata, Tatkala bergelar mahasiswa mahasiswi ni lah, hidup harus di nikmati sepenuhnya. Kenangan pahit manis saat menempuh alam universiti inilah yang akan paling di rindui tatkala sudah menempuh alam pekerjaan. Ya, mana tidaknya tiada lagi cuti semester, cuti mid sem, cuti gawai, cuti mengundi, dan banyak lagi cuti yang am nya takde kaitan pon dengan mahasiswa dan mahasiswi sekalian. Dan tatkala cuti yang kunjung tiba itulah, masa banyak di habiskan dengan merantau ke serata pelusuk dunia. Tidak cukup dengan tempatan? Mara ke luar negara pula. Wang di habiskan demi sesisip pengalaman. Ya, harga sebuah pengalaman itu tiada tandingnya dengan harga sebuah pengalaman. Saya akui. Masa muda remaja inilah, harus bergerak aktif mengejar pengalaman. Nanti sudah tua laratnya tiada. Namun, itu mahasiswa dan mahasiswi yang lain. Saya? Saya lebih suka pulang ke kampong. Apa yang ada pada kampong saya? Bukanlah kampong hebat mewah gah di mata dunia. Biasa sahaja di mata manusia. Tapi itulah saya yang mencintainya seikhlas hati.

Kampung. Tak ada apa pun yang istimewa dengan kampung saya. Typical village kata orang putih. Benar. Hanya ada pakcik dan makcik yang menyengkang usia. Jadi kenapa saya suka pulang ke kampung? Kerana ada orang tua. Orang tua mana? Orang tua saya semestinya. Ibu dan ayah tercinta. Orang lain ada ramai saudara. Saya tiada, adik tiada, abang pun tiada kakak juga tiada. Ibu dan ayah peneman setia. Saya masih muda, ya. Tapi mereka sudah tua. Mereka masih kuat, ya. Tapi mereka tetap sudah tua. Mereka masih sihat, ya. Tapi mereka sudah tua.

Tanpa cuti yang bersilih ganti, saya meninggalkan mereka jauh dari sisi, demi menyisip sesingkap ilmu. Jauh dari mata, dekat dari hati. Setiap hari jiwa merindu. Mengira detik saat bakal bertemu, menunggu cuti hanya yang termampu. Cuti hanyalah alasan. Alasan yang di berikan oleh pihak universiti untuk membenarkan saya bersama ayah dan ibu. Nyawa dan jantung hati saya. Jika bukan saya yang pulang, siapa lagi?

Untunglah mereka yang ramai saudara, tiada abang kakaknya pulang. Tiada kakak? Tak apa, adik sudah ada di kampung. Sentiasa ada meneman setia. Saya? Tiada. Hanya doa dan air mata. Dari jauh di kirim buat kedua insan tersayang.

p/s : hargailah kedua ibu bapa anda selagi mana mereka masih ada.. before its too late, really..

p/s  I: tak sabar nak balik time gap exam lama nanti.. *exam tak start lagi kot* J


p/s II : madah pujangga bak hang.. hahaha,. Adios!





Suke tak?? KaLau suKe Like dan KomenLah yer? ^_^

0 bUdak cOmeL bERucaP :