aRe yoU pretty inside??

Inner shine? Minum lah Brand dengan pati berry untuk kecantikan dari dalam~ (iklan skit)
Ehh.. lupe.. pati berry nak bagi mata cantik.. pati prun laa baru cantik dalaman kan.. ahaks~ Assalamualaikum and salam sejahtera~ Hai dear readers! Sihat? Alhamdulillah.. 
Teruskan dengan misi utama kita..konon


Cantik? Semua orang boleh jadi cantik. Buruk macam mana pon rupa seseorang tu, berbekal kan ubat yang betul.. rawatan yang betul.. berjumpa dengan pakar yang betul. Okay, law da teruk sangat cover dengan make up yang betul.. Semua orang boleh jadi cantik kan? N cantik tak hanya ada pada perempuan sebab lelaki pon pakai make up. Tak yah nak tipu lah. Lelaki sekarang dah jarang eh yang tak ber make up. Eceh, even tak sebanyak make up perempuan (perempuan lain not me,konon =,='')still, korang pakai make up kan? Masih tak ngaku? Alah dah mende alah yang korang pakai untuk wat rambut korang terpacak 24 jam sampai cicak jatuh pon tak sempat nak mngucap tu pon, di kire sebagai make up jugak secara tak langsung kan? Sebab niat korang pakai mende alah tu nak tampil lagi bergaya, more self konfiden lah katakan..
Anyhow.. balik pada ape yang aku nak bicarakan awal2 tuh kan.. Semua orang boleh jadi cantik.. kan.. tapi itu luarannya sahaja.. Berapa ramai antara kita yang cantik tidak hanya luarannya? Mudahnya, dia cantik dalamannya.. kAnnnn???
Berapa ramai yang berani tabik dada angkat tangan mengaku dye tu cantik dalaman? Berapa ramai yang betul2 yakin yang dye adalah makhluk Tuhan yang memang di ciptakan untuk jadi cantik inner?
Well.. in case u mengaku yang u cantik dalaman itu sendiri dah membuktikan yang u ols sebenarnya tak cantik dalaman (for those yang mengaku la)
I mean.. maybe ada antara yang mengaku tu cantik dalamannya tapi tak ramai kan.. tak mudah nak jadi cantik dalaman ni. Cantik luaran? Pakai make up je da lawa kan.. tapi nak cantik dalaman? Takde make up untuk wat ko cantik dalaman sis.. 
Cantik dalaman ni takleh nak tipu2 pura2 cover2.. Benda ni auto,. Kalau betul gaya kau di didik dan di ajar, ALHADULILLAH dan INSYAALLAH.. cantik lah kau dalamannya.. tapi jika tersalah di didik, NAUZUBILLAH.. 
tapi menurut pendapat aku lah yang masih tak berapa tinggi sangat ilmu di dada ni.. 
Cantik dalaman ni terserah pada kita kan? Walau mungkin parents kita tersalah memberi contoh atau didikan, kita takleh nak salahkan diorang. Diorang pon manusia biasa, ada masa wat silap kan.. Tapi kita sendiri pon manusia biasa,. Means. kita ade satu anugerah istimewa yang Tuhan bagi tang tak ada pada makhluk lain. Ape tu? Akal. Yaa.. Akal yang membolehkan kita berfikir secara logik dan waras. Kalau kita da ada akal, kenapa kita takleh nak guide diri kita menjauh kepada perkara yang tak elok sedang kita tau kan perkara tak elok tu perlu untuk di jauhi untuk dapatkan inner beauty tu kan? (Berbelit kan ayat aku, redha je lah yer)
ANyhow.. kita sebagai manusia sebenarnye memang boleh pilih jalan hidup kita sendiri. Bagaimana kita mahu untuk masa depan kita dan sebagainya, kita boleh usaha. Kalau betul kita nak kan inner beauty tu, kita pasti usaha kan? Tak perlu nak kecoh2 kasi orang taw tu semua kan.. 
orang kalau da cantik dalaman ni, tak payah bagitau.. orang akan tahu dengan sendiri.. 
Tak caya? Cuba lah test tengok esok kat mall ke kat sekolah ke.. 
Cuba untuk jadi lebih baik dari sebelom ni kan.. Orang boleh nampak terus bezanya..
Moralnya.. pe yang aku nak cakap ni.. Bukan lah cantik luaran tu tak penting. Penting! sangat penting kan.. Terlalu penting.. Sangat essential dalam kehidupan moden hari ni. Tapi dalam kita sibuk dok kejar cantik luaran tu, apa kata kita sama2 usaha jugak untuk jadi cantik dalaman kan? Sebab ini sebenarnya adalah nilai moral yang dah tak ramai yang miliki dalam diri mereka hari ni.. Mereka lawa dalamannya mungkin tapi tak cukup lawa untuk mendepani masa depan yang penuh dugaan..

p/s :
Dan agak malanglah bagi orang yang disukai ramai hanya kerana kecantikan fizikalnya dan tidak kerana kecantikan dalamannya. (copy paste ayat mat lutfi)
Adios all.. :)



Suke tak?? KaLau suKe Like dan KomenLah yer? ^_^

7 bUdak cOmeL bERucaP :

Unknown berkata...

i LIKE!

mAy Lee berkata...

@Mie
thanks sayang.. :)

Mishter Izwän berkata...

awk rs awk cntik dlm ke luar.? hehehe
tp luaran awk cntik seyh . hehehe

mAy Lee berkata...

@Mishter Izwän soalan.. wahhh.. hak8.. saya tak rasa saya cantik luaran tapi saya nak cantik lua dan dalam.. :)
(jawapan diplomasi,ahaks)
peace,, ^_^ v
thanks btw.. :)

susulemakmanis berkata...

cantik luar,mesti kt dalam pon kena cantik!=)

mAy Lee berkata...

@susulemakmanis betol tu.. :)
cantik lua cantik dalam cantik sana sini.. :D

Zam berkata...

done follow ;)
jemput singgah blog :))

http://zamani84.blogspot.com/