Cinta.. apa yang boleh di ertikan dengan cinta? Setiap gadis seusia denganku pasti sudah merasa apa itu cinta. Ada yang kecewa, ada juga yang bahagia bukan kepalang. Gila! Begitu pentingkah cinta dalam hidup manusia seharian? Terkadang aku termenung sendiri memikirkan hakikat itu. Benar,tak aku nafikan. Aku pernah menyukai seseorang. Dan pernah juga memegang status teman wanita seseorang. Namun,adakah perasaan itu di namakan cinta? Sakit hati yang berterusan dan kecewa setiap kali ada yang tak kena berlaku? Aku keliru tatkala aku lihat teman baikku menangis saat dia dan teman istimewanya bertikam lidah dan bergaduh dek hal kecil. Kenapa? Kerana aku tak mampu untuk melakukan sedemikian. Aku pernah bergaduh dengan temanku. Dan yang aku tahu,aku dengan mudahnya memutuskan perhubungan itu. Adakah aku masih belum berjumpa dengan cinta yang sebenarnya? Kata temanku,aku masih belum berjumpa dengan insan yang benar-benar akan aku sayang. Tapi bila ku soal erti sayang,dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk menjelaskannya padaku. Bagaimana dia boleh berbicara soal sayang tatkala dia sendiri tidak tahu apa itu sayang bukan? Aku benar,aku tahu aku di pihak yang benar. Bagi ku,cinta bukan segala-galanya. Tambah pula aku tidak percaya dengan orang yang baru aku kenali. Aku fobia. Aku pernah di tupu jadi aku tidak mahu ditipu lagi. Aku tidak suka diperbodohkan. Aku percaya cinta bukan segalanya tapi,aku sendiri tidak pernah berhenti mencari cinta itu. Jika di soal teman-teman,pasti sahaja tidak aku akui. Tapi hakikatnya,Tuhan tahu aku mencari. Anganku tinggi untuk mempunyai seorang lelaki yang benar-benar sayang dan mencintai aku. Aku tidak kisah dia bagaimana,asal aku tahu dia mencintai aku sepenuhnnya. Tapi hairan,jika ada yang menyukaiku, aku pula yang tidak percaya padanya. AKu aneh bukan? Aku tahu jika ku ceritakan ini kepada orang lain,pasti itu yang meniti di bibir mereka. Biol,bodoh,perkara biasa. Aku pernah di panggil gila oleh temanku kerana menolak pelawaan seorang jejaka kacak yang ingin menjadikan aku teman wanitanya. Aku keliru. Adakah kacak menjadi tali ukur untuk menerima seseorang menjadi teman lelaki? Tak aku nafikan, aku mahu teman lelaki yang kacak. Tapi bagiku,iu bukan perkara utama. Apa yang utama hatinya bukan? Bagaimana boleh kau bercinta dengan orang yang baru dua hari kau kenal? Kau sendiri tidak tahu bagaimana sifatnya. Entah dia penipu atau apa~
“Kau tak cuba mana kau nak tahu,”
“Takkan kau nak tunggu di tipu dahulu baru kau nak menyesal?”
Dan dia terus membisu. Dia yang gila kan kerana mahu bercinta dengan lelaki kacak yang baru dua hari dia kenal? AKu yang waras kan?
Hurmmm.. Tahun berganti tahun.. Hari berganti hari.. Bulan silih berganti.. Masa yang berlalu terlalu singkat untuk di hitung. Sedari atau tidak.. AKu sudah mencecah usia dua puluhan. Masih sibuk mnegejar mimpi dan cita di menara gading. Aku masih di tanah air dan dia sudah jauh merentas laut. Dia mengejar citanya dan aku mengejar citaku. Dia dengan hidupnya dan aku dengan hidupku. Aku yakin dia bahagia dengan hidupnya di sana. Dia pasti senang dengan apa yang dia miliki. Namun aku tidak. Aku tidak gembira aku masih di sini. Aku juga mahu melangkah jauh sepertinya. Tapi aku tiada kuasa mengawal nasibku sendiri. Tapi aku tidak mengalah. Aku yakin dengan diriku. Yakin dengan kebolehanku. Aku pasti boleh,suatu masa nanti. Dan penegasannya, aku masih sendiri. Haha.. Kadang-kadang, aku tergelak melihat diriku sendiri dalam cermin. Mungkin aku perasan yang diriku cantik. Jika tidak,pasti aku sudah mempunyai puluhan teman lelaki yang silih berganti. Tidak pun, aku tetap perasan diriku cantik kerana aku tidak pernah menerima pelawaan untuk mempunyai teman sepanjang aku di sini bukan? Bukan manusia lah aku jika cemburu tiada dalam diri tatkala melihat temanku tidak perlu bersusah payah mencari lelaki dalam hidupnya. Mudah saja dia di damping. Dan aku? Hanya mampu menyepi di sisi. Gilalah aku kalau tiada perasaan untuk merasa walau hanya sekali menjadi dirinya. Walaupun tidak perlu,tapi aku ingin menjadi sepertinya. Tambah meruntun jiwa mudaku, temanku biasa sahaja di mataku. Apa istimewanya dia di mata lelaki? Apa yang lebih ada padanya? Dan apa yang kurang padaku? Gila! Hal yang tidak penting ini mengganggu aku. Separuh dari focus aku pada pelajaran hilang kerana hal ini. AKu gila! Ya.. Mungkin kerana dia lebih kurus dariku. Aku terlalu tinggi. Lelaki sekarang suka pada gadis yang rendah-rendah.. (Buruk citarasa,=,=’’) Tak pun jenis yang ayu dan lemah lembut (aku garang dan suka marah orang dengan nada yang membingitkan), dia lebih pendiam sedang aku lebih banyak bercakap, kulit dia licin walaupun lebih gelap dariku, (aku?? Jerawat-jerawat dan parut jerawat di mana-mana,=,=’’) Yaa… Mungkin ada yang faham kenapa aku tak laku.. Hahaha.. Nasib diri.. Sebab itulah kadang-kadang aku yakin aku tidak akan berumah tangga walaupun aku sudah digelar anak dara tua. Dan jika aku berkahwin sekalipun,orang tuaku yang menjodohkan aku. Kesian bukan? Sehingga ke tahap itu fikiranku. Bodohnya aku. Berfikir pada benda yang tidak perlu dan membazirkan waktu. Tapi aku Cuma manusia biasa. Apa yang boleh aku lakukan,memang itu yang akan selalu mengganggu jiwa mudaku.
Hari berganti hari lagi. AKu masih solo di sini. Hanya tinggal tiga semester sebelum aku menggenggam ijazah. Hari itu merupakan tarikh yang sama aku menjejakkan kaki ke situ. Segala kenangan yang tersimpan termain dalam kotak fikiran bak pemain video dalam komputerku. =,=’
Masa berlalu sungguh pantas, dan aku masih tak berubah. Temanku dulu? Sudah mendirikan rumah tangga. Berkahwin dengan teman lelakinya dan sedang hamil anak sulung mereka. Cemburu? Ya! Tambah cemburu bila “kau bila lagi?” di ajukan kepadaku. Bukan aku tidak mahu tapi, jodohku tiada. Hari itu aku berjalan sendiri di luar kampus. Berpusing-pusing sendiri melihat kedai-kedai yang sama,melihat barang-barang yang sama, sudah hampir tiga tahun berlalu namun tiada yang berubah di sini. Sama sepertiku,sungguh mengecewakan. Penat melangkah aku singgah di restoran kecil yang ada di situ. “Bang! Laici satu!” Lantang suaraku. Apa aku peduli orang pandang? Aku tengah kecewa! Aceh,kecewa apa pun aku sendiri tak pasti. Haha.. Gila aku datang lagi,aku senyum sendiri memikirkannya. Dan mulalah ada yang memandangku sambil berbisik-bisik. Nasib-nasib,dah biasa. Lantak diorang lah. AKu dah tak peduli; yang penting aku adalah aku.
“Hey!” Tiba-tiba ada seorang lelaki datang duduk di hadapanku,membuatkan aku terkejut kononnya. Walaupun tak sangat tapi aku pura-pura terkejut juga untuk mengambil hati mamat tu.
“Arr.. Hello?” aku membalas dengan muka blur sambil merangkul beg aku kemas,ala-ala jumpa psycho gitu. *perasan3*
“Kenal saya tak?” soalnya bersemangat. Seperti biasa,aku akan kerutkan dahi aku dan memandang orang dengan muka blur. Kemudian senyum sehingga mataku hilang dari pandangan orang dan menggeleng. Lelaki itu mengeluh. Kecewakah dia.
“Who are you?” soalku setelah seketika,konon ingin ambil tahu. (Walaupun aku memang nak tahu,har3.. =,=’’
“ Ni Nick laa.. dah lupa ke?” soal dia sambil menggaru kepala yang tak gatal… kot?
Huhui.. aku membisu seketika tatkala memori aku berputar ke masa lampau. Nick..
“Nicholas?” soalku dalam tak sedar.
“Haaa.. ingat pon!” jeritanku di sahutnya kuat.
Nicholas, teman yang sudah lama terputus hubungan.. Aceh,ayat drama. Well.. Dia berhenti study ketika kami di semester empat. Kursus itu tidak sesuai dengan dirinya katanya dan dia menghilang selepas itu. Aku mesej dia tak balas, aku telefon dia tak angkat, jadi aku pun malas. Membazir kredit je kan? Status student memberikan aku kekangan wang.. konon.. huahuahua.. Kmai berbual panjang hari tu (sampai aku terponteng satu kelas petang itu,har3) Tanya khabar apa semua sampai penat aku. Bukan penat apa,penat dengar dia membebel. Rupanya dia masih seprti dulu juga,bercakap tidak henti bila bersamaku. Aku senang berjumpa dengan dia kembali.
Sejak dia kembali,aku kembali berteman. Aceh.. bukan dia kembali sambung belajar denganku. (Sudah berhenti mana boleh suka-suka-suki hati je nak sambung kan?) Tapi sebab dia dapat tugasan dekat dengan kampus, (kira dia dah kerja lah) so selalu lah aku jumpa dia. Teman aku makan, minum,keluar pergi pekan.. Sesekali aku rasa seperti sudah bercouple dengan Nick. Hahaha.. Teruk betul aku,perasan sendiri lagi. Aku cuba larang diri aku dari merasai begitu tapi aku Cuma manusia biasa. Lemah,sekali dah tersuka lagi pada temanku sendiri. Gila! Makin aku lawan makin kuat perasaan itu. Dasyat kan manusia. Tapi, untuk mengakui pada dia, aku malu. Bagaimana hendak mengaku yang kau suka pada kawan baik kau sendiri? Pasti janggal, aku rela kekal begini walau aku derita (aceh,derita ke?)
Akhirnya aku dah tamat pengajian. Tinggal dua hari sebelum aku kembali ke kampong halamanku. Mana lagi kalau bukan Kuala Terengganu!! Hehehe.. Apa? INgat tak ada Chinese ke kat sana? HUHUhu.. Malam tu Nick ajak aku keluar jadi aku keluar je lah. (Da malas nak menulis kot aku ni) Kami jumpa kat pekan, tempat makan paling mewah kat sini, pizza hut.. Kesian kan? =,=’
Aku ingat apa la dia nak cakap, sekali dia cakap dia suka aku………..
4 bUdak cOmeL bERucaP :
yeaayy! ak yg pertama komen :D syok cter mu. cm novel. hoho. pastu2? pe jd lpas ye kabow gitu? mende endingnye? suspen nguh r. hoho
@Nurul Ellinasaje je tu smlm ouh.. kebosanan takleh tido sampai pagi.. hehehe.. maceh3.. nti ak wat smbungan yer.. tggu err... :)
gpo nmo ni weh,dp pehe ak..haha
@Salwani Edogawa cerita lah sayang.. x nmpak ke.. :)
Catat Ulasan