Impian..

Impian.. Tiada insan yang pernah hidup tanpa memasang impian. Tidak kira lah impian itu kecil ataupun besar, impian seseorang itu tidak harus di perlekehkan. Kerana impian itulah menunjukkan wawasan mereka untuk hidup. Ya, mungkin buat sesetengah orang, impian yang di pegang oleh orang lain mungkin tiada harga langsung buat mereka. Ya. Tapi bagi orang yang bertongkatkan hidupnya bagi impian itu, mungkin impian itulah satu-satunya mekanisma yang mampu mengubah diri mereka sendiri.

Aku sendiri juga mempunyai impian. 
Aku cuma manusia biasa. Tidak dapat mengelak daripada mencipta angan sebelum memasang impian. Tipu jika aku menceritakan perihal satu sahaja impian aku. Impianku berjuta. Malah,munkin melebihi dari kewujudan jasadku sendiri. Mungkin,ada yang aku tidak mampu untuk tunaikan di hayat ini. Mungkin ada juga yang hanya mampu terus aku angankan selamanya. Tapi itu tidak bererti aku harus mengalah dan terus mengasingkan diriku daripada dunia. Kerana aku masih mampu mencapai impianku yang lain. Dan mungkin juga ada di antara impianku akan mengambil masa bertahun-tahun lamanya sebelum mampu aku laksanakan. 
Siapa peduli? Aku sendiri tidak peduli. Aku sudah lebih dari senang jika aku mampu melaksanakannya. Cepat atau lambat. Dan mungkin tiu jugalah yang terbaik dalam mempunyai impian ini. Kerana.. Selapas berjaya menunaikan impian itu, kita di beri peluang untuk membina impian yang lain.
Mungkin sekarang, aku dan impianku jauh dari realiti. Tapi suatu hari nanti siapa yang tahu bukan?
Entry ini tiada lansung niat terdetik untuk mengelirukan siapa-siapa sahaja yang sudi membacanya. Aku.. Aku cuma menyedari akan perasaanku saat ini. 
Aku sudahpun di inspirasikan oleh impianku sendiri. Dan aku tahu aku tidak akan mengalah sehinggalah aku mampu menggapainya. Aku berharap ada lagi insan lain seperti ku di luar sana. 
Hamba-hamba Tuhan.. yang mengejar impiannya.
Salam sejahtera dan Assalamualaikum.
Semoga kita semua tidak hidup tanpa impian hidup.. :)

Suke tak?? KaLau suKe Like dan KomenLah yer? ^_^

0 bUdak cOmeL bERucaP :