Dengan nama Allah,aku memulakan bicaraku. Assalamualaikum dan salam sejahhtera. Jujurnya aku nyatakan,hatiku senang tatkala konsep satu Malaysia diperkenalkan. Konsep yang dipercayai mampu untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini sememangnya satu agenda yang mempunyai banyak manfaat jangka panjangnya..
Namun,hatiku cukup tersentuh tatkala ada insan-insan yang cuba untuk menggunakan konsep yang bertujuan murni ini sebagai satu platform untuk terus memecah-belahkan perpaduan dalam kalangan kita pada hari ini. Walhal,perkara itu langsung tidak memanfaatkan siapa-siapa sekalipun. Malah,mampu mengancam keselamatan negara.
Amnya,sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum,agama,adat istiadat,kebudayaan dan keunikan yang jelasnya terserlah,perpaduan adalah kunci utama untuk kita bangkit dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain yang juga sedang berusaha untuk menggenggam gelaran negara maju. Namun apa yang sukar untuk fikiran logikku tafsirkan,kenapa tetap ada pihak yang sengaja ingin menghancurkan kesejahteraan yang kita semua ada pada hari ini.
Usah memberi contoh yang jauh,sudah ada terang lagi bersuluh ada di tempatku sendiri sekarang ini. Aku kecewa dengan tindakan ahli jawatan surau di tempat pengajianku sekarang. Benarlah,menjadi satu tugasan yang sangat berat terletak di bahu mereka untuk menyampaikan dakwah agama terhadap muslimin dan muslimat di kolej ini. Namun begitu,itu tidak bererti mereka mempunyai hak sesuka hati untuk melabelkan mereka-mereka yang bukan ahli jawatan surau sebagai sesat lantaran mereka menghadirkan diri ke majlis sambutan pesta tanglung yang di anjurkan oleh anak-anak pelajar yang berbangsa cina.
Malah turut menghalau peljar-pelajar Melayu supaya terus pulang ke asrama masing-masing walaupun masa yang diperuntukkan masih lagi berbaki tiga puluh minit. di smaping itu pula,ayat-ayat AL-QURAN di pasang dengan kuat di surau kolej yang berada betul-betul bersebelahan dengan tempat majlis berlangsung. Aku sendiri menyaksikan betapa pelajar-pelajar yang berbangsa Cina merasakan ketidakpuasan hati dengan tindakan drastik itu. Apa tidaknya,mereka diperlakukan seolah-olah cuba untuk menyesatkan pelajar-pelajar berbangsa Melayu yang beragama Islam.
Persoalan yang timbul dibenakku tatkala itu adalah,bagaimanakah kita ingin mendapatkan penghormatan daripada bangsa lain jika kita sendiri tidak menghormati mereka? Ada satu pepatah daripada orang bijak pandai mengatakan, "you'll gain what you give." Jangan mengharapkan mereka untuk memahami mereka tatkala kita sendiri membutakan mata dan memekakkan telinga tentang mereka.
Pada pendapatku,hal ini tidak seharusnya timbul sekalipun. Apatah lagi menjadi isu besar begini. Namun aku tahu aku hanyalah sekadar manusia biasa yang ada banyak kekurangannya,. Aku cuma memperkatakan pendapatku tanpa ada sebarang niat untuk menjatuhkan mana-mana pihak. Akhirnya,adalah eloknya jika aku memohon keampunan kepada semua agar niatku yang jujur dan tulus ini tidak disalah ertikan,. Hanya sekadar ingin berkongsi.
Sekian,wassalam. Wallahualam~
2 bUdak cOmeL bERucaP :
yup2....bak kte zaim...do what we think the bez 4 us...nme je ajk surau tp x reti2 nk hormt owg laen...bodo....
bak kte zaim.. huhuhu..
hrap2 bnda ni tak berterusan~
Catat Ulasan