Sayup - sayup kedengaran. Jauh. Terasa cukup jauh darinya namun suara itu tidak asing dalam hatinya. Ya, suara itu pemilik hatinya. Mana mungkin suara itu asing. Tapi kenapa sangat jauh sekali bunyi nya? Dan di mana dia? Kenapa hanya hitam yang menyelubungi pandangannya?
Tidak juga. Sesekali cahaya putih hadir menyinar menyilaukan penglihatan. Tapi dia masih dalam kegelapan. Di mana dia? Dia sendiri tidak tahu. Fikirannya? Dia sendiri tidak tahu sama ada dia masih mampu berfikir. Apa yang dia tahu, dia benar- benar ingin melihat gadis itu tersenyum lagi di hadapannya. Tangannya di genggam. namun dia tidak punyai idea milik siapakah jemari yang menggenggam. Mahu di genggam kembali namun di rasakan tenaganya tiada. 'Aku, dah mati ke?' hatinya berdetus sendiri. Dia cuba untuk berpaling namun kaku. Hilang kaupayaan untuk mengawal tubuhnya sendiri, mungkin dia harus panik atau setidak-tidaknya meraung untuk bantuan dengan segera. Namun hatinya kosong. Lesu,dia hanya mahu kan gadis itu di situ, tersenyum padanya seperti dulu. Senyuman yang sudah lama tidak dia miliki. Senyuman yang mampu mengembalikan semangat yang terkubur dalm dirinya.
"Andy!" tiba-tiba sahaja suara gadis itu menerjah masuk ke dalam sanubarinya,memaksa dia kembali ke alam nyata; walaupun matanya masih terasa terpejam rapat.
"Aina," dia berbisik sendiri. Tidak tahu jika hatinya ataupun bibirnya yang berbicara. Mungkin dia sendiri tidak tahu apa yang dia rasakan.
"Andy! Saya ada kat sini! Bukak la mata awak!" suara itu menerjah lagi dalam kesamaran. Aina. Lelaki itu cuba untuk membuka matanya. Cuba untuk melihat dunia selain kegelapan. Namun cahaya terang yang berselang dengan kegelapan hanya menyakitkan penglihatannya. Kat mana ni? Dia menyoal sendiri cuba untuk berpaling ke sisinya. Seluruh tenaganya di kerah,hanya untuk berpaling ke kanannya dan dia di situ.
'Kenapa menangis? Senyumlah,' dia cuba untuk berbicara tapi lidahnya kelu. Dia benci melihat Aina terus menitiskan air matanya untuk dia.
"Janganlah nangis! Buruklah rupa awak menangis!" jerit lelaki itu namun masih lagi menahan suaranya.
"Awak ingat saya nak sangat ke menangis hah?! Dia keluar dengan sendiri lah!" gadis itu menjerit ke arahnya sekuat hati. Dia senang lelaki itu cuba untuk memujuknya namun tidak senang dengan caranya; dan ternyata teriakan gadis itu mengejutkan lelaki itu.
"Awak jerit kat saya tu kenapa??" lelaki itu kembali menjerit ke arahnya sambil terus mengurut dadanya,menyatakan kononnya dia sangat terkejut dengan kelakuan gadis muda itu.
"Dah tu! Saya tengah sedih, bukannya awak nak pujuk! Tambah menyakitkan hati saya adalah!" gadis itu menangis semakin kuat. Lelaki itu mengeluh. Orang ramai yang lalu lalang pasti tidak melepaskan peluang untuk memandang. Ada yang ketawa, ada yang mencebik, ada juga yang memandangnya dengan perasaan penuh benci. Apa salahnya? Dia sendiri tidak tahu.
"Baiklah,baiklah. Dah la tu,jangan nangis lagi. Orang ingat saya jahat nanti," Lelaki itu beralah.
"Tak cukkup baik! Saya masih lagi sedih! " gadis itu terus menangis sekuat hatinya;semakin banyak perhatian yang di terima.
Lelaki itu berhebti seketika,berfikir. Apa cara terbaik untuuk memujuk gadis manja ini agaknya?
"Ais krim nak? Saya belanja?" tangisan gadis itu reda serta merta,berpaling ke arah lelaki itu selepas mengesat air matanya.
"Saya nak yang besar!" jeritnya, masih lagi teresak-esak walaupun tangisnya sudah berhenti.
Andy ketawa kecil,"baiklah puan! Apa saja yang puan nak!" Andy mendabik tangannya sambil menundukkan badannya, ala-ala seorang tentera Jepun memberi hormat kepada ketuanya dan dengan pantas, senyuman terukir di bibir anak gadis itu.
"Ala. Okay lah tu 7A. Saya dapat 3 je," Andy mula berbicara saat gadis itu selesai menceritakan kesedihannya.
"Tak boleh la awak. Kalau nak masuk universiti yang hebat, kenalah dapat banyak A. Dan kalau nak biasiswa, kenalah dapat semua A. Lagi satu je nak dapat semua A. Macam mana saya tak kecewa!" Aina mengomel kemudian terus menjamu aiskrim yang di genggam nya erat sejak dari tadi lagi.
"Alah awak ni lebih-lebih la. SPM nanti awak buatlah yang terbaik. Ni cuma PMR je kot,"
"Hei,PMR pon penting lah!" Aina mencebik lagi. Semakin panjang muncungnya dan Andy tahu dia perlu mengalah jika dia mahu gadis itu kembali mengukir senyuman.
"Alah. Awak mesti dapatlah. Awak kan bijak. Tak macam saya ni. Tak bijak pon." Andy menbalas sambil menghabiskan aiskrimnya.
"Lainlah.. Perempuan walaupun bijak tapi lelaki lebih di beri keutamaan. Tak adil betul lah!" Aina terus mengomel,mencebik wajahnya kini.
"Ye ke? Sya tak tahu pon tu. Mana awak tahu?" naif jawapan yang di berikan lelaki itu.
"Alah,awak lelaki. Memanglah sedap je awak cakap. Awak tak rugi apa-apa pon. Tak macam saya," Aina menongkat dagunya. Aiskrim yang mula mencair di genggamannya di biarkan sahaja menitis ke atas tanah. Hiruk pikuk kanak-kanak yang sibuk ingin bermain di taman permainan itu langsung tak di pedulikan. Andy mengukir senyuman dalam tidak sedarnya.
"Awak ni. Suka betul muncung mulut tu. Cam mana nak masuk universiti ni kalau tak matang lagi ni," Andy mengusik sambil menggosok kepala gadis itu. Dan Aina terus bangkit membantah. Dia tidak suka pabila kepalanya di jadikan permainan. Tidak sama sekali.
"Dah tu cam ne awak fikir saya nak bagitahu ibu dan ayah saya tentang result exam saya ni? Sedang diorang mengharapkan yang lebih baik daripada ni," Aina mengeluh lagi. Jika sahaja dia tidak demam semasa peperiksaan penting itu, dia pasti dia dapat lakukan yang lebih baik.
"Awak dah buat yang terbaik,pasti diorang faham. Jangan risaulah." Andy cuba untuk menenangkan gadis itu.
Aina berhenti seketika sambil merenung Andy dalam.
"Apa?"
"Kalau tak?"
"Kalau tak?"
"Kalau tak apa?"
"Kalau diorang tak faham?"
Andy membisu seketika. Berfikir.
"Maknanya diorag bukan manusia lah tu. Diorang alien , sama cam awak," ujar Andy, kemudian terus ketawa terbahak - bahak. Senang dapat mempersendakan temannya itu.
"Hey!" Aina terus bingkas bangun dari buaian yang di dudukinya dan terus mengejar lelaki itu yang sudahpun terlebih dahulu melarikan diri.
Mereka berkejar-kejaran di taman itu seolah-olah anak kecil yang hanya tahu keinginan mereka untuk bermain tanpa mempedulikan orang lain.
Dear diary,
Alhamdulillah, ibu dan ayah menerima keputusan peperiksaan aku dengan baik. Benar kata Andy, ibu dan ayah pasti mengerti akan usaha aku selama ini. Dan mereka bukan alien! Bukan seperti yang Andy katakan.
Hurm.... not bad.. Hari ni seronok jugak lah. Lepas dapat result Andy belanja aku makan aiskrim. Well.. tu pun sebab aku menangis kuat2 dan memalukan dia.. Ahaha.. Maaf ye Andy. :)
Lepas tu kite orang main kejar2. Langsung tak matang! Tapi.. tak kisahlah. Aku gembira sangat. Harap2 aku dan Andy boleh kekal cam ni sampai bila2. Nite2.. :)
Aina memandang lelaki itu tajam. Dia merenung wajah lelaki itu dalam. Apa maksudnya dengan dia tidak boleh bermain dengan dia lagi? Apa dia ingat Aina ni barang mainan ke?
"Apa maksud awak?" suaranya semakin dalam namun masih lagi perlahan. Dia tahu dia perlu lebih matang jika dia mahu penjelasan yang tepat.
Andy tidak memandangnya. Hanya memandang jauh ke belakangnya walaupun anak mata lelaki itu berada pada anak matanya. Fikiran lelaki itu berserabut. Bagaimana mampu untuk dia menyatakan kepada gadis itu siapa dia yang sebenarnya tanpa melukakan hati gadis itu? Jawapannya tiada. Ada hampir 730 cara untuk mengucapkan ya kepada persoalan itu menggunakan bahasa Jepun, namun apa yang di temuinya hanyalah tidak. Walaupun dengan penipuan yang kecil itu, hatinya tetap akan terluka.
"Cakaplah! Apa maksud awak!" mata gadis itu sudah mula bergenang dengan air mata. Dia benci dirinya yang akan menitiskan air mata setiap kali dia di kawal emosi. Dia tidak mahu di perlekehkan lelaki itu lagi.
"Jangan menangis. Rupa awak buruk bila awak menangis," Andy membalas lemah. Dia benar-benar tidak tahu apa yang harus diperkatakannya. Baru semalam mereka gembira bersama. Hari ini dia perlu melanggar janjinya, sekali lagi dan melukai gadis itu lagi.
"Buruk ke tidak suka hati saya lah muka saya sekarang awak bagitahu saya apa maksud awak tadi!" gadis itu menjerit kini. Sudah tidak peduli dengan orang yang lalu lalang di situ. Siapa yang peduli jika dia matang atau tidak. Dia cuma mahukan jawapan.
Andy sekadar merenung gadis itu. Ingin sahaja dia usap pipi gadis itu smabil mengatakan bahawa itu semua hanya jenaka untuk menyakitkan hati gadis itu tapi dia tidak bisa. Hatinya sakit tapi tiada apa yang mampu di lakukannya.
"Maafkan saya." Andy membalas lemah,membuatkan Aina memandangnya dalam tidak percaya.
"Andy,"
"Maafkan saya," Andy berlalu bergitu sahaja, meninggalkan Aina sendiri terus menangisi kesedihan dan parut di hatinya. Dan itu semua sudah hampir lima tahun berlalu tapi tiada sesaat pun lelaki itu hidup tanpa mengingati dan menyesali kesilapannya.
'Jangan menangis untuk saya lagi Aina...'
0 bUdak cOmeL bERucaP :
Catat Ulasan