Di riwayatkan pada hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah yang sedang di adili. Dia di tuduh mensia - siakan hidupnya dan gemar melakukan maksiat. Namun begitu, dia berkeras membantah.
"Tidak! Demi langit dan bumi , sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan perkara itu,"
" Tetapi saksi - saksi mengatakan engkau telah benar - benar menjerumuskan dirimu senddiri ke dalam dosa."
Orang itu menoleh ke kiri dan kanannya; lalu kemudiannya merenung setiap penjuru yang ada.
" Mana saksi - saksi yang engkau maksudkan? Di sini tiada sesiapa pun,melainkan engkau dan aku sahaja."
Jawab malaikat, " Ini lah saksi - saksimu,......"
Kemudian tiba - tiba sahaja mata berkata - kata, " saya yang memandang,"
di ikuti dengan telinga "saya yang mendengar perkara itu,"
Hidung juga tidak ketinggalan, " saya yang mencium"
dan dengan slumber rocknyer bibir pula mengaku, " saya yang merayu,"
Lidah pula dengan berani menanbah, " saya lah yang menghisap dan menjilat "
Tangan tanpa malu menambah, " saya yang meraba dan meramas,"
Kaki pula menyusul, " saya yang berlari dan berjalan ketika itu,"
"Nah,jika dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian mengenai perbuatan aibmu," ujar malaikat.
Orang itu lantas tidak dapat menimbulkan percanggahan lagi. Dia berputus asa dan amat berduka kerana akan di lemparkan ke neraka jahanam. Padahal dia sangat berharap bahawa perbuatanya itu dapat di selubungi. Tatkala dia sedang di landa kesedihan, tiba - tiba terdengar satu suara yang sangat lembut dan sehelai bulu mata pun berbunyi, "Saya juga ingin mengangkat sumpah juga untuk menjadi saksi dalam perkara ini,"
Malaikat menjawab tenang, " silakan wahai bulu mata,"
"Terus terang sahaja,menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah di basahi linangan air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah di lakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji,apabila seorang hambanya ingin bertaubat, walaupun hanya sehelai bulu matanya sahaja di basahi dengan air mata, demekian itu dirinya di haramkan daripada ancaman api neraka? Maka,saya sehelai bulu mata , berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalannya,"
Dengan kesaksian bulu mata itu,orang itu di bebaskan dari neraka dan terus di hantar ke syurga.
Lihatlah hamba Allah itu masuk ke syurga kerana pertolongan bulu mata..
PENGAJARANNYA,
walau sebesar mana pun dosa yang telahpun kita lakukan, apabila ada kesedaran dan keinsafan bertaubatlah dengan sepenuh hati maka nescaya Allah pasti akan memberikan keampunan pada hambanya yang bertaubat.
Renung-renungkan dan sama - sama lah kita berjaya di dunia dan di akhirat,.. ^^,
0 bUdak cOmeL bERucaP :
Catat Ulasan