Jodoh. Bila usia dah makin meningkat, perlahan
lahan soal jodoh ni mengulit di fikiran.
Ya, ada orang bilang, soal jodoh saja yang kau
fikirkan.. Soal mati? Yes, ajal maut, jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan.
Tak ada yang salah bicara soal jodoh. Asal tak lupa soal maut.
But that is not what I am going to talk about
now.
Jodoh..
Kataku, aku garang, tiada lelaki yang setanding,
tiada jejaka yang berani melangkah gerak,
Kata ibu saudaraku, ya, belum ada lagi yang
mampu, tatkala ada, aku pasti tertunduk ayu~ (ayu?? O.o , okay, exegerate.. )
Kataku pada ibu, anak ibu garang, jejaka takut
mendekati, ibu hanya ikut ketawa, menghibur hati tanpa bicara.. aku mengeluh.
Ada
teman sudah punya anak, ada teman baru mendirikan rumah tangga, ada
teman sudah bertunang, ada teman sudah berteman, ada teman hanya menanti
ketika.. aku? Masih di sini, masih manja di sisi ibu dan ayah.
Sambil mengeluh melihat status status muka
buku, sambil melihat foto di instagram, teman2 yang satu persatu melalui layar
bahtera rumah tangga..
fikiran
ku tiba tiba terdetik..
Kenapa Tuhan masih belum temukan aku dengan
jodoh ku? Jawapan mudah sayang,, ada tepat di depan mataku.. pantas ku capai
cermin di atas mejaku.. ku tatap amat wajahku yang tak seberapa.. ya itu lah
jawapannya.
Aku belum bersedia..
Tuhan tahu, aku belum bersedia..
Sedang solatku jarang di awal waktu.. Terkadang
melangkau antara azan.. Manakan mampu mahu berumah tangga.. Tuhan mahu aku
perbaiki solatku dulu. Allahuakbar..
Tuhan tahu, aku belum bersedia..
Sedang kata ibu dan ayah belum mampu aku taati
sepenuhnya. Terkadang mengeluh tatkala membantu, sedang yang di pinta hanya
menyapu lantai. Sedang yang di pinta hanya menutup pintu. Tuhan mahu aku lebih
menghormati orang tuaku, dan mendahulukan mereka, supaya nanti barulah aku
mampu mentaati suami. Allahuakbar..
Tuhan tahu, aku belum bersedia..
Sedangkan
memasak belum ku mahir. Hanya mampu membakar kek, roti dan masak gorengII.
Nasi goreng, mee goreng, mee sup, Maggie, telur goreng.. kek pavlova, kuih
semprit, cornflakes madu, ampun. Masakan mahu ku jamu sang suami, dengan
masakan begitu setiap hari? Belum sebulan membina masjid, jemu si dia dengan
masakanku, mana tidaknya, sama seperti makan di kedai mamak, sama seperti zaman
bujangnya, tiada nikmat kasih sayang, air tangan masakan isteri. Kari? Jauh di
luar kemampuan diri.. masak pedas?
Mengeluh mengeluh, panas tak tahu.. Gulai kuning? Ya, aku suka. Reti? Tidak..
jadi apa yang aku tahu? GorengII? Ahhh! Tumis serai~ masakan
kegemaran.. J Saat itu, suami ku mungkin hanya mampu senyum
tawar,
Tuhan mahu aku belajar dulu, mahirkan diri ilmu
memasak, supaya mampu menambat hati, bakal si dia raja di hati..
Tuhan tahu, aku belum bersedia..
Usia sudah mencecah 20-an.. namun mengemas
seminggu sekali. Selagi tidak semak pandangan, bilik ku biarkan bersepah
berpanjangan, lbu membebel meleter panjang, tiada aku ambil peduli. Selagi kaki
masih mampu ku sorong, tiada guna mengemas bilik. Bilikku, jajahanku.. Masakan
mampu aku berlaki? Mau nya mengamuk si dia nanti. Pulang kerja penat dan lelah,
anak menangis bising bergaduh, rumah pula bak tongkang pecah, isteri tercinta enak
di sofa, melayan telenovela kegemaran, pulang kerjanya sudah kesiangan, namun
tiada kerja yang selesai. Tuhan mahu aku perbaiki diri, belajar erti
tanggungjawab, belajar senangkan hati orang tuaku, agar nanti mampu senangkan
hati suami, Tuhan mahu aku belajar disiplin. Tuhan mahu aku belajar menjaga
rumahtangga, agar senang di pandang setiap orang.
Tuhan tahu, aku belum bersedia..
Selepas subuh tidur di sambung. Terkadang terlajak
hampir ke zohor. Ya, kerja tiada, apa yang susah. Ibu ada siapkan rumah. Bangun
dan mandi makan tersedia. Tiada perlu bersusah kalut. Semua sudah di depan
mata. Tapi, tatkala berumah tangga, makan pakai suami perlu ku jaga, tidak
termasuk anak anak. Semua nya harus aku yang pikul. Bagaimana nanti jika aku
masih begini? Ya, Tuhan mahu aku terus perbaiki diri. Belajar bangun pagi dan
bersiap siaga. Belajar bersedia untuk sang suami. Agar rumah tangga bahagia
sentiasa.
Akhir sekali, Tuhan tahu, aku belum bersedia..
Sedang ku masih belum, fasih bicara dengan
dewasa. Ke temu saudara di mana mana, berpaling muka berpura pura, tiada ku
tahu bagaimana untuk bicara, jika tiada ayah dan bonda. Bagaimana nanti jika
berumahtangga? Mahu ku bicara dengan mertua? Ya, Tuhan mahu aku belajar,
belajar bagaimana untuk bicara dengan orang orang tua, bagaimana untuk membawa
diri, agar aku mampu menyesuaikan diri, dengan mertua dan ipar duai. Agar tiada
kekok nanti, agar mampu ku jaga hati, agar mampu ku ambil hati, agar mampu aku
menjadi penawar bukannya duri.
Kesimpulannya, Tuhan itu lebih mengetahui.
Perancangan Tuhan itu lebih tepat untuk kita. Saat Dia tahu kita sudah
bersedia, si dia pasti kan hadir.. Sabarlah wahai hati.. Tabahlah wahai jiwa.
Perbaikilah diri mu terlebih dahulu. Dan percaya pada janji Allah.. Sekian.. J
J
p/s : stay positive everyone. Congratulation to
everyone who finally finding your soul mates recently and I wish you all happy
wedding and God bless you all.. J
Gambar sekadar hiasan~ihsan pakcik Google~ |